Pelakon Shaheizy Sam, 31, mengesahkan bahawa dia akan mengeluarkan single terbaru berjudul ‘Bicara Hati’ dan berkemungkinan single tersebut bakal diterbitkan pada hujung tahun ini. Dia yang sebelum ini menganggotai kumpulan m.o.b bakal menyanyi semula bersama kumpulannya itu.
“Paling awal single saya akan dikeluarkan pada hujung tahun ini dan single tersebut berjudul ‘Bicara Hati’,” ujar Sam ketika ditemui di majlis Raikan Cinta, anjuran stesen televisyen TV3 pada Selasa.
Sam turut memberitahu bahawa dia akan muncul dengan album mini seandainya semuanya berjalan dengan lancar. Malah, turut berjanji muziknya kali ini lebih matang dari 10 tahun yang lepas, selain memfokuskan konsep R&B dan Bone Thugs.
“Saya akan keluarkan dahulu beberapa single untuk melihat sambutan peminat-peminat dan dari situ mungkin saya akan keluarkan pula album mini. InsyaAllah muzik saya kali ini lebih matang dari 10 tahun yang lepas dan lebih kepada konsep R&B dan Bone Thugs,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Shaheizy Sam bakal muncul dengan drama terbaru berjudul ‘Kisah Cinta’ bersama aktres jelita Fazura yang akan menghiasi slot Lestary mulai 9 April ini.
0 ulasan:
Post a Comment