Operasi Daulat pada hari ini sudah memasuki hari yang ke 22,objektif
utama operasi itu yang bermatlamat mengembalikan keamanan dan
mempertahankan maruah kedaulatan negara kini menuju kejayaan
Semalam menyaksikan seorang lagi saki-baki pengganas Sulu yang dalam
keadaan tertekan menyerah diri ketika terserempak dengan pasukan
keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan di Tanjung Batu
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, sepasukan unit Gerak
Gempur Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang melakukan
operasi di satu kawasan paya sebelum terserempak dengan pengganas
tersebut
Lelaki dipercayai tanpa senjata itu menyerah diri dengan mengangkat tangan dan meminta pasukan keselamatan tidak melepaskan tembakan terhadapnya
Pengesahan
Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Dato’ Seri Zulkifli Zainal Abidin ketika dihubungi media mengesahkan kejadian itu
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula berkata pasukannya (VAT69) telah menerima pengganas tersebut dari GGK ATM dan sidang media bersama ATM akan diadakan hari ini
Dua kereta perisai berantai dikerahkan
Kereta perisai itu dipercayai dikerahkan kerana bimbang penyerahan diri yang dilakukan itu sebagai taktik kotor untuk pengganas lain melepaskan tembakan terhadap pasukan keselamatan
0 ulasan:
Post a Comment