Thursday, March 28, 2013

Berita terkini Lahad Datu 28.3.2013 Ops Daulat hari ke 24

kampung tanjung batu bersih berita terkini lahad datu 28.3.2013 ops daulat

Operasi Daulat pada Khamis sudahpun memasuki hari ke 24,menyaksikan Kampung Tanjung Batu kini bebas daripada ancaman pengganas dan pihak keselamatan akan bermesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Daerah Lahad Datu dan ketua masyarakat kampung berkenaan bagi membincangkan proses membenarkan penduduk untuk kembali ke rumah masing-masing

Dalam pada itu,proses penggeledahan dan pembersihan kini diteruskan ke Tanjung Labian dan Tanagian sebelum memasuki kawasan Sungai Bilis dan pasukan keselamatan yakin proses itu mampu diselesaikan segera sebelum memutuskan untuk membenarkan penduduk kembali ke rumah atau sebaliknya

Usaha menjejaki individu salur wang ke Jolo


Tanda tanya mengenai siapakah dalang di sebalik tragedi pencerobohan berdarah di Sabah semakin terungkai apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan berlaku aktiviti penyaluran wang kepada kumpulan pengganas Kiram di Pulau Jolo, Selatan Filipina

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kepada media, polis sedang mengesan beberapa individu di Semporna dan Sandakan yang terlibat mengirim wang bagi membiayai dan membantu pengganas tersebut

Beliau berkata, kegiatan individu yang disifatkan sebagai pengkhianat negara itu sedang dipantau rapi dan tangkapan akan dilakukan apabila tiba masanya nanti

Next Previous Home

1 comment: