Hanya ini saja yang tinggal?Mungkin pertanyaan ini terpendam di hati penduduk Kampung Batu apabila mereka (ketua-ketua keluarga) yang dibawa masuk ke kampung itu oleh kumpulan penilaian bersama pasukan keselamatan untuk menilai kerosakan yang mereka alami
Kampung Tanjung Batu adalah lokasi yang menjadi pilihan penceroboh militan Sulu untuk menyusup masuk ke negara ini melalui jalan pantai dan hutan selepas mendarat di Kampung Tanduo 12 Feb lepas
Kumpulan puak pengganas Sulu dipercayai menggunakan perkampungan berkenaan untuk berteduh dan mengumpulkan anggota mereka sebelum mula menyerang dan menawan kampung itu
Sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu terdapat kesan-kesan tembakan akibat pertempuran hampir sebulan antara kumpulan pengganas dan pasukan keselamatan dalam Op Daulat – Foto Bernama
Pun begitu,rata-rata penduduk kampung sepakat untuk terus menetap di perkampungan itu memandangkan itulah kampung halaman mereka dan tempat mereka mencari rezeki
0 ulasan:
Post a Comment