Dalam dua artikel saya yang lepas, kita sama-sama sudah mengetahui tentang apakah yang dikatakan dengan jangkitan pundi kencing dan penyebabnya. Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan pula dengan anda tentang apakah-apakah faktor yang boleh meningkatkan risiko jangkitan pada pundi kencing.
1) Wanita
Salur urethra yang pendek menyebabkan bakteria mudah bergerak ke pundi kencing berbanding golongan lelaki. Ini kerana golongan lelaki mempunyai salur urethra yang lebih panjang.
2) Wanita mengandung
Faktor risiko bagi anda yang sedang mengandung pula ialah pembesaran pada uterus/rahim atau pun kandungan di mana akan menyebabkan tekanan pada struktur bahagian sistem urinari (perkencingan) dan akan mengganggu pengaliran air kencing yang normal.
3) Wanita post menopos
Untuk golongan ini pula biasanya disebabkan oleh faktor fisiologi iaitu kekeringan pada bahagian vaginal, sukar menahan air kencing(urin inkontinen), sukar membuang air kencing(urin refensi). Faktor-faktor ini akan meningkatkan risiko untuk mendapat jangkitan pada pundi kencing.
4) Perhubungan seksual
Faktor ini biasanya akan meningkatkan risiko jangkitan pada golongan wanita.
5) Pembesaran prostat (lelaki)
Untuk golongan lelaki, pembesaran prostat akan mengakibatkan penyekatan pada pengaliran air kencing yang normal untuk keluar daripada pundi kencing ke salur urethra.
Selain itu, sisa air kencing yang tertinggal di dalam pundi kencing juga akan menyebabkan berlakunya jangkitan.
6) Warga emas
Warga emas adalah golongan yang paling berisiko untuk mendapat jangkitan pundi kencing. Ini disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan yang mana boleh mengakibatkan sistem pertahanan badan menjadi lemah.
7) Penggunaan tiub kencing(kateter)
Kebiasaannya tiub kencing ini dimasukkan melalui sistem perkencingan manusia akibat kegagalan pengeluaran air kencing secara normal. Ini akan mengakibatkan bakteria dari luar lebih mudah dibawa masuk ke pundi kencing dan sistem perkencingan.
Tiub kencing ini biasanya digunakan untuk pesakit-pesakit berikut:
- Pesakit uzur
- Pergerakan yang terhad ataupun lumpuh
- Urin inkontinen(sukar menahan air kencing)
- Penyekatan pada pundi kencing dan urin refensi(pembesaran prostat, kanser prostat)
- Kanser pundi kencing
- Kegagalan fungsi pundi kencing akibat masalah saraf – strok
8) Prosuder perubatan
Beberapa jenis prosuder perubatan juga boleh meningkatkan risiko seseorang mendapat jangkitan pundi kencing. Antaranya ialah:
- Sistokopi
- Biopsi pundi kencing
- Prosuder prostat
- IUD (Intra Uterine Device). Ianya adalah prosuder untuk perancangan keluarga bagi wanita.
Kesemua prosuder di atas berisiko untuk mendapat jangkitan biasanya disebabkan oleh penggunaan peralatan yang tidak disteril.
9) Kanak-kanak
Bagi golongan kanak-kanak pula, risiko peningkatan jangkitan pundi kencing adalah kepada:
- Kanak-kanak perempuan
- Kanak-kanak lelaki yang belum bersunat
- Struktur salur kencing yang tidak normal yang berlaku sejak dilahirkan lagi
0 ulasan:
Post a Comment