Quebec – Seorang pemburu haiwan mengisi rumahnya dengan lebih 300 bangkai haiwan yang dibunuh dan dikumpulnya sejak 40 tahun lalu.
Pameran kontroversi itu, termasuk singa, gajah dan zirafah dan kini diubah untuk menjadi muzium bernilai kira-kira RM26.5 juta.
Georges Daoust, 75, menembak semua haiwan koleksinya itu dengan senapang miliknya ketika ekspedisi di seluruh dunia.
Ahli perniagaan jutawan itu yang digelar ‘Dundee Buaya Kanada’ berkata, dia bernasib baik kerana mempunyai wang dan sihat untuk menjelajah bagi memenuhi minatnya.
“Haiwan pertama saya tembak ialah caribou (sejenis rusa) di pantai Tasik Caniapiscau di utara Quebec. Itulah permulaan kisah pemburuan saya 40 tahun lalu. Dari situ, saya ke British Columbia untuk dua ekspedisi memburu sebelum saya digigit pijat Afrika. “Sejak itu saya tidak pernah berhenti menjelajah ke seluruh dunia kerana memburu. Saya sudah memburu di lebih 40 negara di seluruh dunia,” kata Daoust.
Dia pernah diserang oleh seekor badak sumbu dan badak air ketika berburu di Tanzania.
“Anda perlu tahu bahawa badak air menghabiskan masa mereka dalam air untuk berlindung dari matahari. Sebelah malam mereka keluar untuk makan. Jika anda berada di laluan mereka ketika haiwan itu dalam perjalanan pulang untuk berendam semula pada sebelah pagi, anda akan diserang kerana dianggap menghalang mereka,” katanya.
Georges baru pulang dari Mexico tempat dia memburu bebiri liar di padang pasir.
Dia kini merancang lebih banyak ekspedisi, termasuk ke Ghana untuk memburu antelop dan ke Afrika Selatan.
“Saya dikurniakan dengan banyak perkara dalam kehidupan. Hari ini, pada usia 75 tahun, saya perlu bersedia ke tepi untuk memberi peluang kepada yang lain, “Apa yang menjadikan saya gembira ialah memberikan koleksi saya kepada muzium supaya apa yang saya lakukan boleh diteruskan,” katanya.
0 ulasan:
Post a Comment