Monday, April 1, 2013

aksi panas remy ishak dan diana danielle atas katil

Aksi panas Remy Ishak dan Diana Danielle dalam filem Sembunyi:Amukan Azazil atas katil dipotong

Meskipun filem ini mendapat garapan yang menarik membuatkan penonton untuk berfikir apabila banyak persoalan timbul menerusi genre seram yang klise namun ia mula dihantui kontroversi


Ini kerana gara-gara babak ranjang di antara Remy Ishak dan Diana Danielle dalam filem tersebut tidak sesuai pertontonkan,ekoran menyalahi nilai-nilai agama dan budaya di negara ini

Tetapi babak tersebut dikatakan telah dipotong untuk tontonan umum di pawangan,namun sedutan aksi tersebut di muat-naik di laman youtube menerima kritikan yang hebat dari penonton

komen panas aksi panas remy ishak dan diana danielle atas katil

Filem Sembunyi:Amukan Azazil berkonsep fantasi seram menjadi taruhan kepada pengarah Kabir Bhatia selepas filem cinta Nur Kasih

Mengisahkan tentang Aishah (Diana Daniellle) daripada zaman penjajahan Jepun diselamatkan oleh makhluk halus dan membawanya ke alam lain. Aishah yang bingung tidak dapat mengingati apa yang berlaku hidup dalam perkampungan tersebut tanpa kehadiran tentera Jepun

Namun ada makhluk lain cuba mengganggu ketenteraman kampung itu sejak kehadiran Aishah

Aishah sedikit demi sedikit diberi petunjuk tantang jalan keluar daripada kampung di mana dia terperangkap itu

Pelakon-pelakon Umie Aida sebagai Ibu Yani cukup bagus memberi rentak pada wataknya, begitu juga Emelda Rosmila, Remy dan Shanaaz yang dapat membantu watak utama iaitu Diana Danielle menghidupkan cerita fantasi ini

Bagaimanapun, penonton perlu menontonnya sendiri bagi merungkaikan persoalan-persoalan yang ada dalam filem ini yang mula ditayangkan di pawagam pada 28 Mac 2013

Video sedutan aksi panas Remy Ishak dan Diana Danielle filem Sembunyi:Amukan Azazil



Next Previous Home

0 ulasan:

Post a Comment