Thursday, April 4, 2013

Berita Terkini Lahad Datu 4 April 2013 Op Daulat


Berita Terkini Lahad Datu pada 4 April 2013. Polis memburu seorang lagi lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna.

lahad datu

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang, berkata Clarence Luing Karl dipercayai mempunyai hubungan dengan Kesultanan Sulu dan insiden pencerobohan pengganas berkenaan.

“Alamat terakhirnya di RH55, Jalan Ranau Lama, Kampung Bawang di Tamparuli, Sabah dan kita percaya dia masih berada di negeri ini. Justeru, kita minta dia serah diri, manakala orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya diminta tampil membantu siasatan polis,” katanyapada sidang media semalam.

Siasatan Salur dana kepada pengganas

Kok Liang berkata, pada masa ini polis masih menyiasat latar belakang lelaki berkenaan, namun dia dipercayai ada kaitan dengan penyaluran dana kepada kumpulan pengganas.

Laporan Terkini Op Daulat

Pihak keselamatan mengesahkan operasi pembersihan dan penggeledahan di Kampung Sungai Merah, Lok Buani serta Lok Sembuang sudah selesai kelmarin sekali gus 1,299 penduduk dari kawasan terbabit, yang dipindahkan ke pusat penempatan sementara dibenarkan pulang.  Pusat penempatan di Cenderawasih, Fajar Harapan dan Gemala Pura sudah ditutup, manakala pusat penempatan Embara Budi masih dihuni 106 penduduk daripada 17 keluarga, yang rumah mereka musnah atau tidak selamat diduduki.


sumber-melvister

Next Previous Home

3 comments:

  1. sesuai sangat la tu..memang patut org macam ni gantung mati je

    ReplyDelete
  2. ya lah...pembelot pada negara...

    ReplyDelete
  3. kambing punye datuk seri...harap pangkat jew datuk...tp bodoh mcm kayu...

    ReplyDelete