SELAMAT PULANG WIRA NEGARA... Anggota D9, Koperal Huslan Che Kussin dipeluk anaknya, Shamimi Huslan dan isterinya, Noor Laili Zainal ketika sambutan kepulangan 134 wira negara daripada tugasan membenteras penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah sejak sebulan lalu dalam Ops Daulat di Pusat Latihan Polis(Pulapol) di Kuala Lumpur, malam tadi. - UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH
KUALA LUMPUR 5 April - Seramai 134 anggota dan pegawai polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) selamat tiba di ibu negara malam tadi, selepas ditugaskan menjalani Ops Daulat, lebih sebulan setengah yang lalu.
Kesemua mereka merupakan kumpulan terakhir dan terbesar dengan lebih 600 anggota dan pegawai JSJ yang ditugaskan menjalani pelbagai misi di timur Sabah sejak 23 Februari lalu.
Kumpulan yang diterbangkan khas oleh pesawat FireFly itu tiba di pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) dan disambut sendiri Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin sekitar pukul 11 malam tadi meskipun pada awalnya dijangka tiba pada pukul 8 malam.
Sebahagian besar daripada mereka disambut oleh ahli keluarga masing-masing yang ternyata tidak sabar bertemu insan tersayang.
SUMBER - UTUSAN
0 ulasan:
Post a Comment