Monday, April 1, 2013

4 Khasiat Daun Belimbing Besi


Buah belimbing besi ni kalau dibuat jus memang sedap dan berkhasiat. Tapi, bab khasiat jus belimbing besi akan saya sentuh kemudian. Sebabnya, saya nak jawab pertanyaan berkaitan petua menghilangkan penyakit kurap dulu.

Jus Belimbing Besi
Jus Belimbing Besi

Buat pengetahuan anda, daun belimbing besi ni boleh dijadikan sebagai ubat kurap. Selain kurap, ia juga boleh mengubati panau, bekas demam campak dan mengatasi rasa sakit kepala.

Proses yang perlu anda lakukan bagi memanfaatkan daun belimbing besi ni adalah;

1. Ambil 4 hingga 5 helai daun belimbing besi.

2. Tumbukkan kesemua daun tadi sampai lumat.

3. Semasa tengah menumbuk daun tersebut, masukkan sedikit asam jawa dan beras.

4. Kemudian, teruskan proses menumbuk kesemua bahan di atas hingga lumat.

5. Bila semua bahan dah lumat, sapukan saja ia pada kawasan tubuh anda yang mengalami panau, kesan demam campak ataupun kurap.

6. Jikalau anda sakit kepala, tampalkan saja bahan campuran tersebut pada bahagian dahi.

Ulangi proses ini sehinggalah penyakit anda sembuh sepenuhnya ya. :)

Selamat Mencuba!

Next Previous Home

0 ulasan:

Post a Comment