Monday, April 1, 2013

Berita terkini Lahad Datu 1.4.2013 Ops Daulat


Operasi Daulat pada Isnin sudah masuk hari ke 28 sejak ia dilancarkan,mengenai perkembangan semasa operasi itu,dimaklumkan tiada pertempuran berlaku di antara pasukan keselamatan dengan saki-baki pengganas sulu hari ini

Pasukan keselamatan tidak menetapkan tarikh atau tempoh tertentu Operasi Daulat kerana usaha membanteras pengganas yang dijalankan pasukan keselamatan itu merentasi kawasan lebih luas dari Lahad Datu

Mengenai situasi di Kampung Tanjung Batu,diberitakan pada pagi tadi dua kanak-kanak yang bermain di kawasan rumah berkenaan telah menemui bom yang dikatakan masih aktif

Menurut seorang penduduk, Mad Ali Hassan, 60, berkata beliau dimaklum berkaitan penemuan berkenaan ketika mengemas rumahnya, tidak jauh dari kawasan bom itu ditemui

kampung tanjung batu terkini rumah musnah berita terkini lahad datu 1.4.2013 ops daulat
Salah sebuah rumah penduduk yang musnah terbakar akibat pertempuran antara kumpulan pengganas dan pasukan keselamatan dalam Op Daulat

Sementara itu, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Salleh Mat Rashid yang berada di lokasi berkenaan menasihatkan penduduk yang menemui peluru hidup atau bom yang masih aktif agar melaporkan segera kepada pasukan keselamatan

Kami harap penduduk jangan ambil mudah perkara ini kerana bom yang masih aktif boleh meletup dan menyebabkan kecederaan… kami minta mereka kawal anak-anak daripada bermain dengan bahan berbahaya itu,katanya 

Laporan sidang media pesuruhjaya polis Sabah Datuk Hamza Taib 1 April 2013

gambar datuk hamza polis sabah berita terkini lahad datu 1.4.2013 ops daulat

Keadaan keselamatan di Negeri Sabah adalah terkawal dan selamat. Tidak ada pertempuran yang berlaku setakat ini

Operasi pembersihan dan penggeledahan di semua kawasan operasi telah selesai dijalankan

Hari ini, proses-proses pemindahan semua orang kampung masih lagi dijalankan

Tiga buah pusat pemindahan iaitu Pusat Pemindahan Cenderawasih, Pusat Pemindahan Fajar Harapan dan Pusat Pemindahan Gemala Pura telah ditutup manakala Pusat Pemindahan Embara Budi masih lagi dibuka untuk penduduk kampung yang mana rumah mereka mengalami kerosakan yang teruk atau ‘total lost’

Pada pagi tadi, seramai lapan orang pengganas telah dituduh di Mahkamah Majistret Lahad Datu di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan dan Seksyen 130 Kanun Keseksaan dan di baca bersama SOSMA

Ini menjadikan jumlah pengganas yang telah di tuduh di Mahkamah sehingga hari ini adalah seramai 16 orang

Statistik terkini jumlah keseluruhan pengganas yang ditangkap adalah seramai 454 orang dengan pecahan 127 tangkapan SOSMA dan tangkapan kes-kes lain seramai 327 orang

Jumlah mayat pengganas yang berjaya dibawa keluar adalah seramai 47 orang manakala jumlah pengganas yang ditembak mati adalah seramai 69 orang

Jumlah mayat pengganas yang telah dikebumikan adalah seramai 29 orang

Jumlah pegawai dan anggota pasukan keselamatan yang cedera adalah seramai 11 orang dengan pecahan PDRM = 8 orang dan ATM = 3 orang

Pada hari ini juga, lelaki yang dikehendaki oleh pihak polis bagi membantu siasatan iaitu penama Dato’ Seri MUHAMMAD RIDZWAN SULAIMAN telah menyerah diri pada pagi tadi bertempat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Selangor

Penama tersebut telah dibuat tangkapan semula oleh pihak polis dan akan disiasat di bawah SOSMA

Next Previous Home

0 ulasan:

Post a Comment