Tekaan anda salah! Yana Samsudin masih lagi solo malah turut menafikan gosip yang mendakwa dia kini menjalinkan hubungan cinta dengan adik Farid Kamil, Fadzil Zahari
Berkata kepada media jelas Yana, hubungannya hanyalah sekadar teman rapat. Bagaimanapun heroin filem ‘Strawberi Cinta’ ini mengakui Fadzil ada berkunjung ke rumah keluarganya di Johor Bahru beberapa kali
Saya sebenarnya tidak mahu komen lagi tentang gosip percintaan ini. Saya sudah jelaskan beberapa kali sebelum ini. Saya dan Fadzil hanya berkawan baik
Lagipun saya tidak mahu mainkan perasaan orang. Saya tidak mahu timbul salah sangka di kalangan mereka yang berada di sekeliling Fadzil. Saya dan dia hanya berkawan baik
Tidak lebih daripada itu. Saya sudah kenal dia selama empat tahun. Sebelum saya dikenali ramai, dia sudah pun menemani saya ke mana-mana. Cuma baru sekarang orang perasan dia selalu temani saya, ujar Yana berkongsi cerita
Tambah Yana lagi, Fadzil adalah satu-satunya lelaki yang rapatnya dengannya selepas dia putus cinta dengan Pierre Andre beberapa tahun dahulu
0 ulasan:
Post a Comment