KEBAIKAN BERENANG UNTUK KANAK-KANAK | KEBAIKAN BERENANG | UMUR SESUAI KANAK-KANAK BELAJAR BERENANG | BERENANG
Kajian menunjukkan banyak faedah diperolehi daripada aktiviti berenang dan ini diakui oleh ibu bapa seluruh dunia. Antara kebaikan berenang ialah banyak peningkatan untuk perkembangan mental, fizikal, emosional,
dan sosial.
dan sosial.
“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah”
- (Riwayat Sahih Bukhari/Muslim)
Satu kajian dikendalikan oleh Professor Liselott Diem dari 1974 hingga 1976 di German Sports Collage di Cologne, Jerman mendapati kanak-kanak yang mempelajari berenang pada satu peringkat awal menunjukkan pembanguan lanjutan dalam:
- kemahiran motor kasar dan halus
- refleksi (masa tindak balas)
- Kuasa tumpuan (fokus)
- Kepintaran / kecerdasan
- Tabiat sosial
- Interaksi sosial
- Keyakinan diri
- Kebebasan
- Boleh menangani situsi yang diluar jangka.
Kanak-kanak ini didapati cukup laras berbanding rakan sebayanya yang tidak terlibat dalam program renang. Peningkatan dalam kedua-dua faktor iatu self -esteem dan independance menjadi faktor yang berkaitan antara satu sama lain. Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang diajar berenang sejak kecil akan menunjukkan interaksi yang positif dan ikatan yang kukuh dengan ibu bapa mereka.
0 ulasan:
Post a Comment