Friday, March 1, 2013

Cukai Eksais & Duti Import Turun. Jualan Proton Akan Terjejas & Tidak Boleh Bersaing!!



Tun Mahathir merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia. Makin berumur makin ligat memberikan pandangan dan kritikan di media.
Terbaru membabitkan pengumuman manifesto Pakatan Rakyat terutamanya menyentuh pengurangan harga kereta di Malaysia melalui penurunan cukai kereta. Apa yang beliau katakan?
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bimbang langkah kerajaan untuk menurunkan duti ke atas kereta import ke negara ini akan menjejaskan jualan kereta nasional Proton.
“Sebagai penasihat Proton, tindakan kerajaan berkaitan duti import akan menjejaskan jualan Proton,” katanya sewaktu mengulas pengumuman pengurangan duti import itu hari ini.
“Membunuh (industri tempatan) itu tidaklah tetapi industri tempatan mempunyai cabaran yang lebih keras.
“Industri tempatan kalau boleh hendak ada potensi tetapi sekian lama kita ada Proton, banyak perlindungan dahulu sudah dihapuskan.
“Sekarang ini mereka bersaing dengan kereta import berdasarkan terma yang sama, tiada banyak perlindungan,” katanya.
Dalam negara ini, kita mahu menjaga menjaga majoriti rakyat daripada terbeban dengan peningkatan kos sara hidup atau menjaga Proton? Samada Proton mahu menjana pendapatan yang maksimum  terpulang.
Tetapi bagi kami “beban” dan “cabaran” untuk Proton terus bersaing tidak boleh diletakkan kepada bahu rakyat untuk memikulnya melalui cara cukai yang dikenakan kepada rakyat seperti yang ada sekarang. Meletakkan cukai eksais & duit import yang tinggi kepada rakyat contohnya semata-mata mahu mengekalkan penguasaan sementara Proton sebagai dalam industri tempatan? Patutkah?
Sepatutnya jika benar Proton mahu menjadi jaguh dalam industri tempatan buktikan dan tunjukkan kepada pelanggan anda yang Proton mampu menghasilkan model kereta yang terbaik. Kemudian, biarkan rakyat Malaysia memilih apa kereta yang terbaik untuk mereka.
  1. Samada boleh bersaing atau tidak, bukan dengan cara menggunakan jalan mudah mengenakan cukai tinggi kepada kereta tempatan dan kereta import. Tetapi pokok pangkal berbalik semula bagaimana Proton mahu meyakinkan pelanggan mereka
  2. Bukan menjadi jaguh hanya bersandar subsidi, insentif dan dasar pelindungan yang memenangkan Proton
Ok. Sambung baca lagi apa yang diperkatakan dan pendapat Dr. Mahathir andaikata cukai kereta diturunkan….

Beliau berpendapat duti eksais ke atas kereta import itu harus dikekalkan kerana ia menyumbang kepada sumber subsidi tahunan negara sebanyak USD33 bilion setahun.
Mengulas mengenai tawaran Pakatan Rakyat untuk mengurangkan harga kereta pula, Mahathir berkata ia akan menyebabkan orang ramai lebih berminat membeli kereta baru yang harganya hampir sama dengan kereta terpakai dalam pasaran.
“Kereta second hand (terpakai) tak laku. “Kalau tak boleh jual kereta second hand, orang nak beli kereta baru pun tak boleh nak beli juga,” katanya.
Dr Mahathir berkata, dengan menjual kereta pada harga serendah RM25,000 selain menurunkan cukai eksais secara berperingkat dan memansuhkannya dalam tempoh lima tahun supaya harga kereta lebih berdaya saing, negara khususnya di Kuala Lumpur bakal berdepan masalah kesesakan lalu lintas yang serius.
Masih ingat lagi keyword ini? “Kesesakan”…..
Dr Mahathir berkata, dengan menjual kereta pada harga serendah RM25,000, negara khususnya di Kuala Lumpur bakal berdepan masalah kesesakan lalu lintas yang serius.
Industri tempatan hendak ada perlindungan, kalau ada. Sebagai penasihat Proton, sudah pasti saya mahu Proton dapat menjual lebih banyak kereta. Pengurangan itu akan menjejaskan jualan Proton,” katanya.
Nampaknya Tun Mahathir cukup risau dengan nasib Proton selepas ini…
Berniaga apa kalau begini jikalau terus mahu diberikan perlindungan? Tidak cukupkah berbelas tahun kerajaan dan rakyat Malaysia saling “bantuan-membantu” memberikan bantuan & perlindungan kepada Proton? Berapa tahun lagi diperlukan bagi memastikan Proton boleh berdiri dengan sendirinya?
Dalam negara ini, kerajaan mesti menjaga golongan minoriti aatau majoriti. Menjaga golongan kereta terpakai atau rakyat Malaysia. Mahu menjaga Proton atau majoriti rakyat Malaysia.  Turun cukai sedikit? Bankrap?
Sekarang ini ada 2 pilihan. Samada anda mahu menjaga harga kereta terpakai anda supaya tidak terus jatuh ataupun anda boleh memiliki harga kereta baru pada harga yang lebih murah dan mampu milik? Apa pilihan anda?

Next Previous Home

0 ulasan:

Post a Comment