Dalam percintaan pastinya kita ingin pasangan kita setia dan hanya memberi perhatian terhadap diri kita. Walau pun itu adalah satu kemestian tetapi kadang kala ia menjerat perasaan bagi pencinta dan yang insan yang dicintai. Mengapa Kasih Suci mengatakan ia menjerat rasa?
Ramai di antara kita merasakan apabila saling meyintai perlu menceritakan segala aktiviti kepada pasangan. Kadang kala perasaan ingin tahu terhadap kegiatan pasangan akan membuatkan diri kita bertindak sebagai pengongkong dan melemaskan pasangan kita sendiri.
Dari sikap ambil tahu, seterusnya mengambil berat ia akan melarat kepada suka mengongkong apabila kita menetapkan semua perkara harus mendapat persetujuan daripada kita terlebih dahulu dalam menentukan sebarang keputusan. Apabila ia mula melemaskan pasangan ia mula kelihatan ke arah “mengongkong”.
Memiliki hati dan jasad pasangan tidak seharusnya ada perasaan mengongkong. Menakluki mereka tidak bererti kita perlu mengongkong untuk memastikan mereka setia bersama kita. Hidup perlu bertolak ansur. Mengapa perlu menakluki hati insan yang kita sayang dengan kejam dan penuh paksaan? Adakah kita yakin dengan memiliki hatinya kita layak menyekat perjalanan kehidupannya dan layak mengongkong kehidupan sehariannya? renungkan lah… Perkara ini berlaku di sekeliling kita. Hanya kerana menginginkan kebahagiaan dan kessetiaan akhirnya pasangan mudah lemas dan benci akhirnya dengan sikap kita itu, wallahua’lam.
0 ulasan:
Post a Comment