Tempat Parking Khas Untuk Wanita - Adakah Ini Satu Penghinaan?hehe | BEIJING - Sebuah pusat beli-belah di China telah membuka satu kawasan letak kereta khas buat kereta yang dipandu wanita dengan ruang yang lebih besar daripada biasa. Pusat beli-belah Wanxiang Tiancheng di bandar raya Shijiazhuang, wilayah Hebei, menyediakan tempat khas itu yang mempunyai lampu berwarna merah jambu dan ungu serta hiasan gambar kartun.
Seorang pegawai di pusat itu, Wang Zheng berkata, kawasan letak kereta itu satu meter lebih lebar berbanding saiz petak normal.
Menurutnya, beberapa papan tanda dan alat pemantauan keselamatan yang bersesuaian dengan keperluan wanita turut diletakkan di tempat letak kereta itu.
Beberapa petugas wanita disediakan untuk membantu pemandu wanita meletak kereta di tamat khas itu.
Tempat letak kereta bawah tanah itu tidak mengenakan bayaran selama beberapa bulan.
Sementara itu, menurut perangkaan polis, hampir 73,500 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya tahun lalu atau lebih 200 maut sehari di China.
0 ulasan:
Post a Comment