Pelakon dan juga pakar prubatan tradisional, Asyraf Muslim yang difahamkan berkahwin pada 30 Ogos 2011 di Makkah yang lalu bersama pasangan pilihannya Dr. Noor Dayana Lokman kini redo dengan ketentuan Allah kerana masih lagi berusaha untuk mendapatkan zuriat pertama mereka.
Namun begitulah bahagianya kedua-dua pasangan ini, mereka tetap bersama suka dan duka dan selalu berdoa dan istiqamah dalam menempuhi ujian Allah. Difahamkan juga Dayana merupakan Doktor yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur.
"Memang kami teringin untuk bergelar ibu bapa, namun rezeki masih belum menyebelahi kami. Pun begitu, saya tidak pernah berhenti daripada berdoa setiap hari. Malah, kami turut menjalani beberapa kaedah rawatan termasuk perubatan Islam dan moden. Kami percaya, ia hanyalah ujian dari-Nya untuk menduga tahap kesabaran kami.
"Pun begitu, saya bersyukur kerana rumah tangga kami masih tetap utuh dan ia bukanlah alasan untuk kita beralih arah,
"Saya bertuah memiliki Dayana dan dia banyak mengubah hidup saya ke tahap yang lebih baik. Sepanjang tempoh perkahwinan ini, Alhamdulillah, hubungan kami berjalan dengan sempurna dan dia sangat memahami saya. Walaupun sibuk bekerja, isteri saya sentiasa menguruskan kelengkapan saya termasuk makan minum, pakaian dan keselesaan. Inilah nikmatnya bila berumah tangga, semua perkara isteri akan uruskan.
"Saya tiada menghalang isteri bekerja kerana memang cita-citanya untuk bergelar doktor. Lagipun, sayanglah dia belajar lama-lama jika saya tak bagi bekerja," -Asyraf petikanSinarharian
0 ulasan:
Post a Comment