Sebut Emma Maembong, pasti ramai yang sudah kenal kan? Namun, kali ini kemunculan adiknya telah menarik sedikit perhatian pihak media disebabkan populariti kakaknya.
Cha Cha Maembong atau nama penuhnya Siti Aisyah Ismail ketika ditemui di Publika menafikan bahawa pemilihannya sebagai pelakon dalam sebuah drama terbitan Wall’s Cornetto iaitu “Cornetto Uda & Dara” adalah disebabkan kakaknya.
Bagi pelakon berusia 17 tahun ini, mereka berdua masing-masing mempunyai bakat sendiri dan dia menghormati Emma sebagai kakaknya.
“Cha Cha rasa pemilihan Cha Cha tak ada kena mengena dengan Emma sebab dia pun punyai kelebihan sendiri.”
Cha Cha turut menjelaskan dia terlebih dahulu menjejak industri hiburan apabila mula berlakon dalam iklan-iklan TV seawal umur 5 tahun sehingga berumur 12 tahun. Dia kemudian berhenti sebentar sebelum mula menjejak semula industri hiburan sekitar 2 tahun lalu.
Cha Cha yang berhenti sekolah di usia remaja seperti kakaknya juga menambah bahawa dia langsung tidak cemburukan Emma yang kini sudah popular.
“Tak mungkin saya nak cemburu pada dia. Saya bangga mempunyai kakak yang berjaya atas usahanya sendiri sebagai pelakon.”
Baguslah kalau begitu. Nampaknya kini sudah menjadi ‘trend’ untuk pasangan adik beradik terjun ke industri hiburan, kan?
Cha Cha bakal menemui penonton menerusi drama Cornetto Uda & Dara yang akan disiarkan di saluran Astro Ria (104) mulai 1 Mei depan setiap Rabu, pukul 9 malam. Antara barisan pelakon yang akan turut bersama menjayakan drama ini ialan Dafi, Alif Hadi, Mustapha Kamal, Yasmin Hani dan juga Namron.
0 ulasan:
Post a Comment