Rutin yang memerlukan anda bekerja di depan komputer, kurang tidur dan
kekurangan nutrisi akan menyebabkan mata letih. Bila hal ini berterusan,
kesan lebam bawah mata pun mulai muncul.
Bilamana lebam bawah mata tu mula kelihatan, anda tentu panik, kan?
Segan pun ada gak. Tapi nak buat camne, anda sendiri yang mengabaikan
kesihatan mata.
Bila bekerja di depan komputer, susah nak berhenti. Walaupun sekejap
aje. Secara tak langsung, anda sebenarnya memaksa mata untuk terus
bekerja. Mata anda pun tahu letih gak.
Jika terus dipaksa, corak kulit bawah mata akan kebiruan atau bertambah
gelap. Ini kerana berlakunya pembesaran pembuluh darah. Semakin banyak
darah yang ada di kawasan bawah mata, itu yang membuatkan warnanya
kelihatan lebih gelap berbanding warna kulit muka yang lain.
Justeru, untuk hilangkan lebam bawah mata yang kelihatan, anda amalkanlah beberapa perkara;
1. Banyakkan meminum air kosong.
Lebih lebih lagi jika anda seorang aktif melakukan pelbagai aktiviti.
Pengambilan air kosong amat baik untuk menjaga kesegaran kulit mata.
2. Makan sayur-sayuran hijau
Andainya anda kurang nutrisi, mulai sekarang tambahkan sayuran hijau dan makanan yang kaya dengan antioksidan dalam menu harian.
3. Gunakan timun atau tomato
Hirisan timun ataupun tomato boleh anda tekapkan pada kedua-dua mata
selama beberapa minit. Ataupun boleh tekapkannya semalaman sebelum masuk
tidur.
Namun begitu, lingkaran hitam bawah mata
juga disebabkan oleh faktor keturunan. Cuba lihat pada mata ayah dan
ibu anda. Adakah bahagian bawah mata mereka ada rona hitam?
Jika ada dan seawal usia remaja rona hitam telah muncul di bawah mata anda, berkemungkinan besar ia adalah faktor keturunan.
Sekiranya anda berminat mengetahui info tambahan berkaitan lingkaran hitam bawah mata, sila ke artikel terdahulu. Saya ada sediakan pautannya di bawah;
0 ulasan:
Post a Comment