“Saya hanya mahukan keamanan untuk negara dan saya harap semua dapat keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi. Apa-apapun kita kena sentiasa bersyukur dengan keamanan yang dikecapi negara sekarang ,” ujar gadis kelahiran Alor Setar, Kedah ini.
Menyentuh mengenai perkembangan terkininya, Yuna sempat berkongsi keterujaannya untuk melancarkan EP terbarunya yang dirakam bersama Verve Record. Bakal dilancarkan 7 Mei ini, ia akan disiarkan secara langsung ke seluruh dunia menerusi laman seawang YouTube.
EP yang diberi judul ‘6 Street’ ini bakal memuatkan lima buah lagu termasuklah satu daripadanya, ‘I Wanna Go’ yang dipersembahkan Yuna secara eksklusif di Publika tempoh hari.
Bercakap mengenai buah tangan terbarunya yang dijangka menemui peminat tempatan September nanti, Yuna menjanjikan sesuatu yang berlainan khas buat penyokong setianya selama ini. Projek yang disifatkannya sebagai interpretasi ‘Yuna yang baru’ akan membawa peminat muzik mengenali lebih dekat siapa dirinya sebagai pencipta lagu dan penyanyi.
“Sedar tak sedar, sudah lapan tahun saya berada dalam industri dan tentunya lagu-lagu yang akan saya hasilkan kali ini lebih matang. Sekarang ni saya tengah dalam proses rakaman album seterusnya. Kiranya album tu nanti menggambarkan diri saya, Yuna yang baru,” ujarnya lagi.
“Memandangkan saya sudah bernaung di bawah syarikat rakaman yang baru, banyak perkara yang ingin saya kongsikan bersama peminat. Kali terakhir saya lancarkan album pun pada tahun lalu, dan lagu-lagu dalam album tu adalah lagu yang saya cipta sejak dua tiga tahun dahulu,” jelas Yuna yang kini digosipkan bercinta bersama jurugambar rasminya, Jules Schratter.
Mengakhiri temubual bersama GUA, Yuna mengakui tidak menjalinkan sebarang hubungan istimewa bersama Jules. Bicara Yuna lagi, kerjaya merupakan fokus utama beliau buat masa kini.
0 ulasan:
Post a Comment