Saturday, May 4, 2013

Kembali Dari Umrah, Johan As’ari Tolak Babak Sentuh Wanita


Ini satu perubahan yang sangat bagus buat Johan As’ari dan juga industri hiburan tanah air Malaysia. Pastinya bukan senang untuk membuat keputusan sebegini. Namun Abang Nara memuji tindakan yang diambil oleh Johan As’ari selepas dia pulang daripada menunaikan umrah.
johanBerkata kepada Berita Harian hari ini, Johan As’ari mengakui yang dirinya juga manusia yang tidak lepas daripada kesilapan. Kata Johan:-
Niat untuk berubah timbul sekembalinya dari Tanah Suci. Tiada siapa memaksa, tetapi keinginan ini terbit atas kesedaran sendiri. Selama ini saya terlalu leka sehingga melanggar perkara yang tidak boleh dilakukan.
Kalau boleh, saya mahu mengelak daripada adegan yang memerlukan saya bersentuhan. Saya tahu, pasti ia akan menyukarkan produksi, terutama jika sentuhan itu membabitkan watak ibu dan anak. Lihatlah bagaimana nanti, namun saya berharap apa yang saya niatkan ini dapat ditunai dengan sempurna.
Bukan apa, saya juga manusia yang tidak terlepas daripada kesilapan. Mungkin hari ini saya kata tidak mahu lagi bersentuhan, tetapi esok lusa saya sendiri melanggar janji. Jadi, saya berharap peminat dapat memaafkan andai perkara itu terjadi.
johanBagi Abang Nara, yang penting niat untuk berubah itu sudah ada di dalam diri Johan. Perlahan-lahan cuba merealisasikan apa yang mahu dibuat. Semoga akan lebih ramai artis lelaki terutamanya yang mengambil tindakan serupa seperti Johan.

Next Previous Home

0 ulasan:

Post a Comment