Sunday, April 28, 2013

Sheila Majid buka rahsia


Meskipun sudah 28 tahun berada dalam industri seni tanah air, Datuk Sheila Majid masih menganggap yang dirinya sentiasa berada dalam proses pembelajaran. 

Menurut, Malaysia perlu ada artis yang hebat untuk menyaingi artis daripada luar dan satu daripada caranya ialah terus belajar dan mencari ilmu dalam bidang muzik kerana setiap hari ada saja saja perkara baru. 

“Mereka perlu belajar dan mengambil pengalaman mereka yang hebat, barulah kita boleh mengatasi kehebatan artis luar. Saya sendiri masih terus menimba ilmu untuk membolehkan saya keluar daripada takuk lama. Jangan ingat apabila kita sudah popular, pembelajaran berhenti setakat itu saja. 

“Saya bersyukur kerana peminat tidak jemu menyokong saya dan saya akan terus memberikan yang terbaik untuk mereka,” katanya.

Sheila ditemui selepas dia menjayakan persembahan pada Malam Splendours Nite yang diadakan di Hotel Riverfront, Ipoh.

Jelasnya lagi, perjuangannya yang berliku dalam dunia seni membuatkannya kuat dan tabah sehingga dia berjaya mengecapi kejayaan seperti sekarang. 

“Ia bukan laluan yang mudah, bertahun-tahun saya berusaha. Saya dapat mengekalkan populariti kerana sering membuat pembaharuan secara kreatif supaya peminat tidak jemu dengan lagu dan persembahan saya.

“Sekarang selain menyanyi, saya sibuk menguruskan Jentayu Spa yang terletak di Damansara Heights, Kuala Lumpur. Pusat rawatan kecantikan dan kesihatan itu beroperasi sejak 11 tahun lalu dan mendapat sambutan yang amat baik,” katanya.

Suaminya, Acis pula mengendalikan studio milik mereka, Studio Akarkarya di Damansara Uptown Petaling Jaya yang dibuka sembilan tahun lalu.

“Album terbaru saya masih dalam proses mencari lagu. Saya tak kisah album itu keluar lambat sedikit kerana saya pentingkan kepuasan sendiri dan juga peminat.

Saya mahu album itu diterima dengan baik seperti sesuai mana mereka menerima saya yang terdahulu,” katanya.

Next Previous Home

0 ulasan:

Post a Comment