Wednesday, May 8, 2013

Maut Akibat Pembedahan Kosmetik



Maut Akibat Pembedahan Kosmetik - Florida : Hasrat Adriana DeSilva untuk merasai wajah barunya tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selama dua hari selepas menjalani pembedahan kosmetik di sebuah pusta perubatan, bulan lepas.

Susulan itu keluarganya meminta supaya pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung kematian Adriana.

Ibu kepada dua orang anak itu telah mengunjungi pusat perubatan di Florida selepas memaklumkan kepada rakan-rakannya bahawa ia merupakan hadiah hari jadi untuk dirinya sendiri.

Dia menjalani pembedahan sedut lemak, mengempiskan perut dan membuat implant payu dara pada masa yang sama.

Pembedahan itu dijalankan oleh Dr Daniel M. Zeichner pada 5 April lalu, namun wanita yang berasal dari Brazil itu diisytiharkan mengalami mati otak pada 21 April dan meninggal dunia dua hari selepas itu.

Dalam pada itu, anak perempuannya, Kerolayne Stuwer berkata, dia dan adik lelaki amat sedih dengan kematian ibu mereka.

“Saya tidak sempat pun untuk memegang tangannya ketika dia menghembuskan nafas terakhir,’’ katanya yang bercadang pulang ke Brazil dan menetap di negara itu bersama neneknya.

Sementara itu, peguam keluarga terbabit kini sedang menanti laporan bedah siasat sebelum mengemukakan tuntutan saman.

Next Previous Home

0 ulasan:

Post a Comment