Wednesday, May 8, 2013

A.Aida Sah Cerai & Terkejut Suami Mahu Cerai Talak Tiga


a.aida
Selepas kecoh mengenai kisah pergolakan rumah tangga penerbit filem, A. Aida bersama suaminya, Suffian, akhirnya mereka berdua telah menemui jalan penyelesaian apabila mahkamah memutuskan pasangan ini sah bercerai talak dua.
Menurut mStar Online, pada mulanya, suami A. Aida mahu menceraikannya dengan talak tiga namun mahkamah tidak mengizinkan.
“Saya tidak mahu lagi kembali kepadanya (Aida). Cukup sampai di sini sahaja dan sebab itu saya mahu cerai talak tiga tetapi mahkamah tidak membenarkan saya berbuat demikian.
“Bagaimanapun saya bersyukur kerana semuanya telah selesai dengan baik pada hari ini (Khamis) dan fokus utama sekarang adalah untuk sama-sama membesarkan anak kami.” – bekas suami A. Aida.
Walaupun tidak mendapat kebenaran mahkamah, Aida ketika ditemubual meluahkan perasaan terkejutnya serta menganggap keputusan Suffian untuk menceraikannya dengan talak tiga adalah satu penghinaan kepadanya sebagai wanita.
“Apa yang lebih penting kini sudah tidak ada apa-apa lagi bebanan yang perlu saya pikul dan urusan selepas ini akan lebih mudah. Alhamdulillah segala-galanya telah selesai.”
Untuk pengetahuan, Aida dan Suffian telah berkahwin pada 20 April 2007. Mereka berdua masing-masing pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai anak dengan bekas pasangan masing-masing. Hasil perkongsian hidup Aida dan Suffian, mereka berdua telah dikurniakan anak lelaki dan mahkamah telah memberikan hak penjagaan anak kepada A. Aida.

Next Previous Home

0 ulasan:

Post a Comment