Wednesday, May 8, 2013

“Isteri Ashraf Muslim Dayana Redha Jika Saya Berkahwin Dengannya” – Sakinah

Wanita yang mahu dikenali dengan nama Sakinah itu menyatakan bahawa beliau sudah pun bertemu dengan Dayana sebelum ini. Kata Sakinah:-
“Saya kenal dia (Ashraf Muslim) sebelum mereka berkahwin lagi. Dayana pun sudah mengenali saya dan kami sudah berjumpa bercakap mengenai hal ini. Cuma dia pesan, kalau boleh elakkan perkahwinan. Bagaimanapun, jika ia berlaku, dia redha.”
Kata Sakinah lagi :
“Saya sudah melakukan solat Istiqarah dan Allah sudah memberikan petunjuk. Bagaimanapun perkara ini terlalu peribadi untuk dikongsi. Lagipun saya harus menjaga hati banyak pihak, bukan saya keluarga saya, tetapi juga keluarga Ashraf dan isterinya.”
“Sejujurnya, saya terkejut dan sedih apabila perkara ini diketahui umum serta kecoh di Internet. Kalau diikutkan, saya tidak boleh beri apa-apa komen sebab yang lebih layak bercakap mengenai hal ini ialah Ashraf.”
Credit to Hmetro

Next Previous Home

0 ulasan:

Post a Comment