Wednesday, May 8, 2013

Hubungan Emma & Zizan Dah Terjalin Sejak 2 Tahun


Zizan & Emma Maembong
Ibu kepada pelawak dan pengacara terkenal, Zizan Razak mendedahkan bahawa hubungan rapat antara anaknya dan Emma Maembong telah terjalin sejak 2 tahun lalu dan akui sebelum ini pelakon wanita tersebut pernah datang ke rumahnya.
Saya tak tahu sejauh mana seriusnya hubungan Zizan dan Emma, yang saya tahu hubungan mereka terjalin sejak 2 tahun lalu lagi.
Seingat saya ketika itu, Emma ada datang ke rumah terbuka kami dan saya hanya anggap dia datang sebagai kawan Zizan.
Setakat ini, Zizan tidak pernah pun bercerita secara serius mengenai Emma kepada saya dan saya hanya baca cerita mengenainya di akhbar.
Berkongsi lebih lanjut mengenai perkara berkenaan, ibu pelawak ini menyatakan bahawa dia tidak kisah dengan siapa anaknya ingin berkahwin, asalkan wanita tersebut dapat memahami kerjaya Zizan sebagai seorang selebriti.
Zizan tidak pernah sorok kepada saya jika dia sedang suka serta berkenan dengan seseorang itu. Dia akan terus membawa wanita itu berjumpa saya.
Apa-apa pun, saya tidak kisah siapa pilihan bakal isteri Zizan, asalkan wanita itu faham akan kerjayanya yang sentiasa sibuk dengan kerja tanpa mengira masa.

Next Previous Home

0 ulasan:

Post a Comment