Nampaknya tarikh Pilihan raya Umum (PRU Ke 13) kali ini jatuh pada hari Ahad (5 Mei 2013) berbanding tarikh Pilihanraya Umum 2008 (PRU ke 12) yang jatuh pada hari Sabtu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru sahaja mengumumkannya sebentar tadi. Butiran selanjutnya….
Informasi Tarikh Pilihan raya Umum 2013 (PRU ke 13)?
- Tarikh Bubar Parlimen : 3 April 2013 (Rabu)
- Tarikh Mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) : 10 April 2013 (Rabu)
- Tarikh Penamaan Calon Pilihanraya : 20 April 2013 (Sabtu)
- Tempoh Kempen Pilihanraya : 14 hari
- Tarikh Undi Pos PRU 13 : 30 April 2013 (Selasa)
- Tarikh Hari Mengundi Pilihanraya Umum ke 13 : 5 Mei 2013 (Sabtu)
Setakat ini statistik pengundi dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak yang layak & sah termasuklah saudara Nasir Yusof, Harisa Binti Mahadi INI adalah sejumlah :
- 13,268,002 layak mengundi dalam pilihan raya umum ke-13 ini. Adakah anda salah seorang daripadanya? Di mana mengundi?
- Bilangan pengundi pilihraya Umum ke 13 di atas berdasarkan daftar pemilih induk 2012, daftar tambahan suku tahun pertama 2012, daftar tambahan suku tahun kedua 2012, daftar tambahan suku tahun ketiga 2012 dan daftar tambahan suku tahun keempat 2012
Nampaknya gaya ramailah, dengan hari mengundi PRU 13 ini jatuh pada hari Ahad, maka dijangkakan ramailah akan EL (Emergency Leave) pada hari esoknya, Isnin. Ataupun, hari Isnin bakal diumumkan sebagai cuti peristiwa oleh kerajaan baru yang akan dipilih oleh rakyat pada Pilihanraya Umum 2013 ini. Mungkin?
Dan memandangkan Pilihanraya Umum ke 13 kali ini adalah paling sengit dalam sejarah politik negara Malaysia, kami jangkakan keputusan PRU ke 13 akan diumumkan sangat-sangat lewat daripada biasa. Jadi, bersiap-sedialah bersengkang mata dan tempoh tidak cukup tidur baik di masa tempoh berkempen sehinggalah termasuklah dari hari Ahad ke awal pagi esoknya.
- Tempoh kempen Pilihanraya Umum pun cukup panjang iaitu selama tempoh 14 hari
- Kepada petugas bermulalah musim tidur cukup tidur
P/S : Diharapkan walauapapun keputusan Pilihanraya Umum ke 13 kelak, janganlah melakukan huru-hara apabila kalah. Berkempenlah secara sihat dan berhemah.
PP/S : Tahun ini undi ada pakai dakwat hitam di kuku. Mudah-mudahan pilihanraya jalan dengan telus. Selamat mengundi kepada semua.
0 ulasan:
Post a Comment