Gerakan ‘Op Daulat’ yang mencari saki-baki pengganas sulu hingga ke lubang cacing membawa kepada penemuan terbaru iaitu pihak keselamatan berjaya mengesan senjata api yang digunakan pengganas ketika menceroboh di pantai timur Sabah disembunyikan dalam paya
Menurut laporan akhbar Hmetro pasukan tentera yang melakukan operasi pembersihan dan fasa penstabilan menemui sejumlah senjata api yang disembunyikan di dalam paya dan ditanam di sekitar Kampung Tanduo serta kampung berhampiran
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, selain senjata api (senjata berat dan ringan), pasukan keselamatan turut menemui pakaian seragam, pakaian awam serta beberapa barang lain milik pengganas
Walaupun jumlah barangan yang ditemui termasuk senjata api tidak banyak, operasi penggeledahan tetap dilakukan berterusan
Saya yakin saki-baki pengganas yang jumlahnya kurang dari 10 orang itu semakin berkurangan. Justeru, pasukan keselamatan meningkatkan risikan bagi mengesan pengganas yang masih ada,katanya
Dengan kepakaran dan kecekapan yang dimiliki oleh barisan pasukan keselamatan negara,satu persatu helah saki-baki pengganas sulu dalam usaha untuk meloloskan diri mereka berjaya dipatahkan
sumber-enciknakal
0 ulasan:
Post a Comment