Tuesday, April 9, 2013

Rozita Che Wan,Zain Saidin umum tarikh nikah lepas Hari Raya Aidilfitri 2013

rozita che wan seksi zain saidin 1 rozita che wan,zain saidin umum tarikh nikah


Che Ta dan buah hatinya bakal membuat pengumuman mengenai tarikh perkahwinan mereka selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri ini dan bukan pada bulan Ogos depan seperti yang dikatakan sebelum ini

Difahamkan mereka akan mengadakan sidang media khas untuk memudahkan pasangan itu serta pihak media berkongsi hal-hal persiapan perkahwinan mereka nanti

Rozita Che Wan turut bercerita mengenai tarikh pengumuman perkahwinannya kepada media
Selepas Hari Raya nanti kami akan membuat pengumuman perkahwinan kami

Cara itu lebih senang agar pihak media dapat berkumpul serentak. Kalau boleh saya tidak mahu mana-mana pihak yang berkecil hati nanti jika tidak diadakan majlis seperti itu,katanya

rozita che wan seksi zain saidin rozita che wan,zain saidin umum tarikh nikah

Tambah pengacara Primadona (Astro Prima) ini, dia tidak mengidamkan sebarang perkahwinan yang besar-besaran, sebaliknya berharap dia dan Zain dapat menjalani kehidupan sebagai suami isteri dengan penuh tanggungjawab

Namun kata Rozita, kekasihnya itu pula mengimpikan sebuah perkahwinan berkonsepkan dalam taman

Kami akan membuat majlis perkahwinan di Kuala Lumpur sahaja. Bagi saya cukup sahaja majlis perkahwinan yang sederhana

Paling penting ialah bagaimana kita mengendalikan kehidupan alam perkahwinan itu nanti,ujarnya

Sementara itu, ditanya adakah Rozita masih mahu kekal dengan imej seksi selepas menjadi isteri orang nanti, dia belum pasti tentang hal itu

Entahlah, kita tengok sahajalah nanti macam mana,seloroh ibu tunggal kepada dua orang anak ini – sumber dipetik sebagai berkata

sumber-infoharian

Next Previous Home

0 ulasan:

Post a Comment