Monday, April 8, 2013

Berita terkini Lahad Datu 8 April 2013


ops daulat wallpaper berita terkini lahad datu 8 april 2013
Menurut laporan akhbar,semalam pihak  polis telah menahan dua lelaki mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam satu operasi di Tanjung Baru, Pulau Bumbum, Semporna

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata suspek berumur lingkungan 50-an dan disahkan bukan warga tempatan

Beliau berkata satu fail putih mengandungi dua surat kesultanan Sulu dan beberapa senjata berbahaya turut dirampas dalam operasi 6.30 pagi itu

Dalam pada itu,setelah hampir seminggu penduduk Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing namun barang-barang tinggalan pengganas Kiram masih lagi boleh ditemui di dua kawasan tersebut

Sumber berkata,antara barang-barang yang ditemui penduduk ialah barangan peribadi seperti baju dan seluar yang ditinggalkan dalam rumah mereka

Seorang penduduk Kampung Tanjung Batu turut memberitahu, apabila pulang ke rumahnya dia menemui baju pengganas yang mempunyai lambang Kesultanan Sulu dan dipenuhi darah

Baju itu saya bakar kerana tidak ada gunanya untuk saya simpan. Tambahan pula baju itu dipenuhi kesan darah yang mungkin boleh menyebabkan jangkitan kuman kepada keluarga saya

Statistik terkini tangkapan di bawah Sosma adalah 135 dan jumlah pengganas yang ditembak mati seramai 70 orang

sumber-enciknakal

Next Previous Home

1 comment: