Assalamualaikum semua, salam sejahtera buat yang bukan beragama islam. Sering kali Kasih Suci ditanya oleh kaum lelaki apakah sebenarnya perkara yang perempuan benar-benar inginkan dari lelaki? okey jom kita huraikan apa yang perempuan inginkan sebenarnya.
1.Bertanggungjawab-perempuan inginkan lelaki yang bertanggungjawab. Amat sengsara jika berdepan dengan lelaki yang tidak bertanggungjawab sebanarnya. Wanita amat mementingkan lelaki yang sedar apa pereka perlu lakukan untuk keluarganya.
2.Adil-Lelaki yang adil amat dihormati. Kadang kala berlaku salah faham antara keluarga atau sesama mertua dan isteri. Di sini amat wanita inginkan sifat adil dalam diri lelaki agar diri mereka tidak merasa teraniaya.
Dalam mendidik anak-anak juga perlu adil. Jika telah tertanam sifat adil dalam diri andai berlaku masalah antara anak-anak nanti bapa sebagai ketua keluarga memainkan peranan yang baik, insyaAllah
3.Amal Soleh-Lelaki yang beramal soleh patuh perintah agama amat wanita impikan. Wanita memerlukan lelaki yang baik untuk menjadi pemandu mereka menuju ke jalan yang diredhai Allah.
4.Ikhlas- Lelaki yang ikhlas menyintai amat wanita sukai. Terdapat ramai lelaki yang menyintai hanya pada paras rupa tidak lahir dari hati mereka. Akhirnya mereka akan meninggalkan kekasih hanya kerana tiada lagi kecantikan yang mereka dambakan.
5.Ingin Dimanja-Wanita ni sangat ingin diri mereka dimanja dan diberi perhatian. Jika lelaki sangat mementingkan diri sentiasa tegas dan garang tak beri perhatian kepada pasangan akan membuat wanita beralih kasih atau benci kepada lelaki sebegini.
6.Jujur-Ramai lelaki yang tidak jujur di belakang pasangan mereka. Bila di depan amatlah memuja tetapi bila di belakang mula mencari wanita lain, awas andai diketahui malanglah nasib kamu. Wanita tak rela berkongsi kasih
7.Bertolak ansur-Bertolak ansur lah bila berhadapan dengan apa jua masalah. Jangan hanya mementingkan diri sendiri. Kadang kala wanita mereasakan mereka seperti dipenjara dan dianggap banduan yang terpaksa akur segala perintah dan keinginan pasangan mereka.
8.Pekerjaan-Pastinya ia amat penting, tak kerja macam mana nak tanggung kehidupan berkeluarga nanti. Kalau kerja pun pasti lah wanita nak mencari pasangan yang punya pendapatan yang mencukupi untuk melayari kehidupan bersama nanti.
9.Rajin-Wanita benci lelaki yang pemalas. Rajinkan lah diri membantu pasangan nanti bila dah bersama. Dalam rumah tangga bukan suami jadi boss isteri jadi kuli. Apa kerja yang ada perlu dibuat bersama agar isteri mereasakan dirinya amat dihargai.
10.Romantik-Tipulah jika wanita tak suka lelaki romantik. Romantik bukan perlu berkepit 24 jam saja, tetapi romantik banyak cara yang dapat ditunjukkan kepada pasangan. Sesekali wanita ingin hati mereka dibuai rasa dengan kata manis pasangan yang mereka cinta.
0 ulasan:
Post a Comment