1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih
baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
2. Barang siapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan
Allah SWT dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke
atas tubuhnya.
3. Barang siapa yang membawa hadiah
(barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka
pahalanya seperti bersedekah.
4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan
daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS
5. Wanita yang tinggal bersama
anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah
syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa
yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat
baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua
orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada
suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya,
semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan
bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta
menjaga sembahyang dan puasanya.
12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya
kepada Rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab
baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Tanya Aisyah kembali,
Jawab Rasulullah SAW “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima
waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga
lebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan
menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai
sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan Allah SWT
17. Apabila seseorang perempuan
melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu
disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu
kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur
dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT
20. Seorang wanita solehah adalah lebih
baik daripada 70 orang wali.
21. Seorang wanita yang jahat adalah
lebih buruk dari pada 1000 lelaki yang jahat.
22. Rakaat solat dari wanita yang hamil
adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
23. Wanita yang memberi minum air susu
ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat
satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
24. Wanita yang melayan dengan baik
suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
25. Wanita yang melihat suaminya dengan
kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan
dipandang Allah dengan penuh rahmat.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya
keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya
akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua
70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan
menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
27. Wanita yang tidak cukup tidur pada
malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan
seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun
pahala ibadat.
28. Wanita yang memerah susu binatang
dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
29. Wanita yang menguli tepung gandum
dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu lantai dengan
berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil akan dapat pahala
berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang hamil akan dapat pahala
beribadat pada malam hari.
33. Wanita yang bersalin akan mendapat
pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah
mengurniakan satu pahala haji.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40
hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
35. Jika wanita melayani suami tanpa
khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai
cukup tempoh (2 ½ thn), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita
bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya
yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
37. Jika wanita memicit / mijat suami
tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami
bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
38. Wanita yang meninggal dunia dengan
keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
39. Jika suami mengajarkan isterinya
satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
0 ulasan:
Post a Comment