Kebanyakan wanita memang mementingkan kecantikan, dan kalau boleh even usia dah mencecah 40tahun ke atas wajah masih nampak muda dan bertenaga. Tambahan pula sebagai seorang isteri, wanita di dianjurkan agar berhias didepan suaminya.
Memang tak dinafikan ada sesetengah wanita yang tak mengambil berat bab kecantikan, kerana baginya asal wajah bersih dari jerawat tiada jeragat yang teruk, itu sudah mencukupi. Sampaikan wajah nampak kusam dan tidak bermaya sekalipun tidak diendahkan. Selagi belum ada teguran dari suami atau teman terdekat, bagi mereka penampilam mereka sudah mencukupi.
Tanya pada diri korang, sejauh mana korang tekankan bab menjaga kecantikan dan mahu kelihatan awet muda ?
Adakah kita sudah cukup berhias dihadapan suami kita?
Doa agar wajah nampak berseri dan cantik
Jika jawapan korang bagi persoalan diatas adalah tidak, apa kata bermula dari sekarang kita cuba menjaga penampilan diri kita. Mungkin doa dibawah boleh dipractik kan sebagai permulaan :
Petua Kecantikan dan Awet Muda
Bagi yang tiada peruntukan untuk membeli produk kecantikan yang dibuat khusus untuk kulit kelihatan muda remaja dan kurang kedutan mungkin petua dibawah boleh diamalkan.
Tidak semestinya nak cantik perlu menggunakan produk yang mahal. Kekadang apa yang berada disekeliling kita dan dari sumber semulajadi adalah lebih baik dan lebih berkesan jika diamalkan secara teratur dan consisten.
Banyak faktor lain yang menjadikan kulit seseorang itu nampak cantik berseri. Jika hanya mengharapkan "keajaiban" dari produk mahal tapi kita sendiri tidak menjaga pemakan dan tidak mengambil air yang mencukupi malah bersenam pun tidak, rasanya semahal mana pun produk yang kita guna susah untuk kita mendapatkan hasil yang sepatutnya.
Berbalik kepada petua kecantikan dan awet muda tadi, kepada yang belum amalkan boleh amalkan petua dibawah. Petua ini paling mudah untuk dipraktikkan , Insyaallah jika tidak sekarang, kesannya akan kelihatan apabila usia kita menginjak ke usia emas nanti.
Petua Mudah Untuk Kelihatan Cantik Dan awet Muda
- Minum air suam sebaik bangun dari tidur.
Sejurus bangun pada waktu pagi , iaitu sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam terlebih dahulu. Adalah disarankan minum air suam dengan cara biarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan.
Note : Air liur basi dikatakan mempunyai enzim yg boleh menjadi ubat. Boleh juga amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit. - Kemudian, urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali.
Amalkan setiap hari.
Note: Tapi ingat, dari bawah ke atas bukan dari atas ke bawah. Jika di urut dari atas kebawah, dikhuatiri akan makin cepat berkedut pulak. - Amalkan membaca ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi. Dianjurkan baca pada curahan pertama, dimulakan dari kepala. Sekiranya mandi menggunakan shower, bacalah masa mula-mula nak mandi.
- Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam 3 teguk sahaja. Amalkan dengan jujur dan ikhlas. Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.
- Setiap kali berhias di cermin, bacalah doa , kemudian baca selawat
di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar
diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. Doanya
begini:
“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka”
- Paling penting jangan tinggal solat. Sebabnya selain memang diwajibkan, air wudhu’ yg terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan utk menyerikan wajah kita…dan juga hati kita.
0 ulasan:
Post a Comment