Sebuah perhubungan jika tiada rajuk, tiadalah sikap romantik. Maka telah menjadi lumrah pasangan kekasih yang sedang bercinta, sebuah pihak pasti ada rajuknya. Tetapi siapa yang lebih kerap merajuk? lelaki atau perempuan… Mengikut kajian yang dilakukan, perempuan lebih kerap merajuk berbanding lelaki. Hal ini demikian kerana perempuan mempunyai sebuah naluri yang cukup sensitif berbanding lelaki. Dengan ini saya akan bagi tip bagaimana mahu mengambil hati atau memujuk wanita yang sedang merajuk.
1 : Beri Perhatian
perempuan akan cepat terasa apabila teman lelakinya tidak melayan mereka dan memberi sepenuh perhatian kepadanya. Mereka tidak marah atau tidak membenci kamu, tetapi mereka terasa tersisih kerana kamu tiada disisi tatkala kamu tidak hubungi mereka. Oleh itu, kamu mestilah meluangkan masa sedikit agak mereka terasa dimanjakan.
2 : Hadiah
jangan salah sangka, tidak semestinya memberi hadiah itu menunjukkan perempuan itu mata duitan. Mereka juga tidak mahu hadiah yang mahal-mahal, yang penting bagi mereka, kamu ikhlas memberinya hadiah. jika kamu tahu, wanita lebih menyukai hadiah yang kamu cipta sendiri berbanding membelinya di kedai. Hal ini demikian kerana bagi mereka, kamu bersungguh-sungguh memujuk mereka.
3 : lagu
tidak kiralah suara anda sehebat Anuar Zain atau sebaliknya, jika kamu menyanyi pasti akan membuat hati seorang cair pada kamu. Tidak percaya? cuba kamu practice kepada teman wanita kamu yang masih merajuk, nescaya perkataan yang pertama kamu akan dengar ” so sweet “. Hal ini kerana mereka akan merasakan kamu sangat-sangat romantik terutama kamu menyanyikan lagu kesukaan mereka.
4 : SMS
jika kekasih kamu tiada dihadapan mata atau Si Dia tidak mahu menjawab panggilan kamu, maka gunakan kepakaran yang ada di otak kamu untuk mengarang kata-kata indah atau ayat yang bermakna kepada dia melalui SMS. Hati wanita sungguh lembut, nescaya dia akan membalas balik SMS kamu itu.
0 ulasan:
Post a Comment