Hubungan asmara pastinya indah dengan
pelukan, sentuhan dan pujukan mesra dari pasangan. Namun ada ketikanya
berlaku kesilapan ketika bersama pasangan secara tiba-tiba dan anda juga
tak tahu apa puncanya. Berikut adalah beberapa perkara yang tak patut
berlaku semasa sedang berasmara.
-Tiupan ghairah bukan seperti meniup belon
Tiupan di bahagian telinga boleh
membangkitkan rasa ghairah pasangan tapi janganlah dibuat secara
terlampau. Dari seronok dengan adegan yang dirancang bersama, tiba-tiba
mood terganggu dengan angin yang menyakitkan telinga.
-Asmara yang tiada cumbuan
Mengikut kajian, lebih 79% lelaki di
Malaysia gemar melakukan hubungan asmara dan seksual secara spontan ,
iaitu seks yang dilakukan dengan cara yang cepat tanpa adegan pemanasan
dan sebagainya. Tak boleh begitu. Kebanyakkan isteri sentiasa
mengharapkan suami mencumbui dirinya biarpun hanya dibibir. Oleh itu
peruntukkan sedikit masa bagi melakukan aksi sebegini.
-Bersikap terburu-buru
Usah terlalu gelojoh ketika membuka
pakaian isteri. Sekalipun tak sabar ke aksi seterusnya tetapi fikirlah
bahawa pasangan tidak gemar diperlakukan dengan kasar. Belajarlah untuk
membuka pakaian dengan perlahan dan teratur.
-Gangguan dari kesan cukuran di wajah suami
Sebelum bersama dengan pasangan, periksa
diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Pastikan kebersihan
berada di tahap yang paling maksimum sekalipun di bahagian wajah yang
telah siap dicukur. Selalunya kesan selepas bercukur membuatkan kulit
disekitar wajah sedikit tajam. Tidak selesa bagi seorang isteri untuk
mengusap atau mencumbui bahagian tersebut. Prihatinlah apabila isteri
kerap kali memalingkan kepalanya apabila wajah anda menyentuh bahagian
pipinya.
-Berhenti rehat apabila pemanasan sedang rancak
Jangan sekali-kali berhenti rehat
apabila ‘pemanasan’ sedang berlangsung dengan baik. Ingat bahawa tubuh
isteri perlu disentuh dan dibelai selalu agar perasaan ghairah dan
berahi tidak menurun. Jika tidak, sukarlah bagi anda untuk mendapat
momen itu kembali. Teruskan ransangan sehingga isteri betul-betul
bersedia untuk beraksi ke acara kemuncak.
-Hanya sensitif kepada vagina dan payudara
Kebanyakkan suami mudah hilang arah
ketika berasmara. Sangka mereka, isteri hanya sensitif di dua bahagian
sahaja iaitu payudara dan vagina. Ini menyebabkan hanya kawasan tersebut
sahaja yang menjadi titik tumpu para suami. Sebenarnya seluruh tubuh
isteri memerlukan belaian anda. Mungkin di kawasan tengkuk, perut, peha
yang membuatkan isteri lebih ghairah.
0 ulasan:
Post a Comment