Daripada David Teo Ayat-ayatnya memang power. Terbaru, David Teo selaku boss MIG telah memberikan sedikit kata nasihat kepada Uqasha Senrose yang merupakan artis naungannya yang telah mempamerkan aksi mesra dengan Pekin Ibrahim di laman sosial.
Kata David Teo kepada Sinar Harian:-
Kita bukannya halang dia untuk bercinta. Cuma dia masih baru, belum setahun pun bersama MIG dan kita pula mahu membentuk dia menjadi artis yang terkenal dan popular. Biarpun saya kecewa dengan beberapa kenyataan yang dikeluarkan, saya masih berharap dia cepat sedar kerana rugi jika bakat yang ada dipersia-siakan begitu sahaja kerana buta dalam percintaan. Rakan seangkatan sudah memberi nasihat, pengarah sudah memberi nasihat, pegawai MIG sudah memberi nasihat, jika dia masih degil, tunggu sahaja surat undang-undang
Ada benarnya juga kata David Teo itu. Sementara tengah baru ini, lupakanlah dulu hasrat bercinta. Naikkan nama terlebih dahulu. Kalau nak bercinta pun, janganlah dihebohkan satu Malaysia. Senyap-senyap sudahlah. Nanti bila dah popular dan nama dah betul-betul stabil, silalah bercinta bagai nak rak. Tak gitu?
0 ulasan:
Post a Comment