Menurut laporan terbaru yang berkaitan,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan bahawa Operasi Daulat yang diwujudkan sejak 5 Mac lepas bagi menangani insiden pencerobohan pengganas sulu akan berakhir beberapa hari lagi
Katanya operasi kepolisan dan ketenteraan bagi menghapuskan pengganas itu akan diteruskan di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM)
Walaupun pada namanya Ops Daulat berakhir, tetapi hakikatnya segala tindakan untuk menghapuskan sebarang bentuk ancaman terhadap keselamatan dan kedaulatan khususnya di Timur Sabah, akan diteruskan sehingga kawasan ini bebas daripada sebarang ancaman,katanya
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penghargaan Ops Daulat di Dewan Semai Bakti, Desa Kencana, Felda Sahabat
Sementara itu, Polis masih menjalankan operasi bagi mengesan kemungkinan ada lagi mayat pengganas yang ditanam oleh anggota kumpulan itu sekitar Kampung Tanduo
Dalam laporan akhbar, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata pasukan keselamatan juga masih berusaha mengesan baki tiga mayat pengganas yang sebelum ini dikenal pasti ditembak mati di kampung berkenaan pada awal Ops Daulat, namun sehingga kini belum ditemui
sumber-enciknakal
0 ulasan:
Post a Comment