Bagaimana dengan perasaan kalian pada hari ini ? Bagi yang sedang berbahagia Kasih Suci doakan agar kalian terus mengecapi kebahagiaan sehingga keakhirnya, ameen. Namun bagi yang sedang berduka akibat terluka Kasih Suci doakan agar esok mentari yang bersinar mampu menjanjikan sebuah keceriaan dan kebahagiaan buat kalian, insyaAllah.
Setiap hari baru datang membawa kebahagiaan, rezeki dan satu pengharapan. Setiap hari kita berharapa agar esok yang mendatang akan lebih baik dari semalam, namun adakah perlu sekadar berharap tanpa berusaha? Dalam percintaan kita perlu berusaha seperti mengejar kerjayaan dalam kerjaya dan pelajaran juga. Berusaha sehabis baik disertakan doa dan barulah kita bertawakal dengan hasil kejayaan yang bakal kita perolehi nanti.
Sedarkah kita, dalam sesebuah perhubungan berkaitan perasaan kita terlalu banyak menyerah tanpa berusaha. Kita terlalu mengharap keajaiban berlaku dalam perhubungan. Kita mengharapkan belas kasihan dari Allah tanpa membuktikan kepada allah bahawa kita sedang berusaha sebaik mungkin mengejar kejayaan sesebuah kebahagiaan itu. Sebenarnya kejayaan dalam perhubungan yang kita usahakan sepenuh harapan dan usaha adalah sangat bererti dan lebih kita hargai berbanding dengan kebahagiaan yang tanpa usaha gigih . Kebahagiaan tak semestinya berpanjangan….kita perlu ingat itu. Ada panas, pasti datang hujannya, begitu juga dengan sebuah perhubungan. Jika perhubungan tidak dibaja dan disirami dengan kasih sayang sentiasa pastinya ia akan layu tanpa sebuah pengharapan yang pasti. Adakah sanggup kita kehilangan kebahagiaan yang kita sedang kecapi? tepuk dada tanya diri sendiri. Adakah kita berusaha mengekalkan kebahagiaan yang ada.
Kekecewaan lalu mungkin amat perit untuk kita telan. Ada yang trauma untuk bercinta lagi. Trauma menerima kehadiran seorang lelaki dalam hidup selepas dikecewakan. Trauma ingin berdampingan dengan seorang gadis lagi selepas ditinggalkan. Oh itu perkara biasa bagi mereka yang sakit menelan perasaan kecewa akibat kegagalan dalam sebuah pengharapan. Perlukah kita menghukum diri dengan menidakkan sesebuah cinta lagi? Berilah peluang untuk diri merasa bahagia. Beri peluang insan lain membuktikan mereka mampu membahagiakan kita. Tak adil bagi kita menghukum semua lelaki atas kesalahan seorang lelaki yang tidak jujur dalam cinta. Adalah tidak adil juga kita menghukum semua wanita atas kekecewaan kita ditinggalkan wanita yang pernah kita sayang suatu masa dulu.
Setiap insan ada episod sedih pedih mereka sendiri. Mungkin episod duka kita diduga dengan kehilangan cinta yang lalu. Itu bukan jodoh kita, percayalah…semua yang berlaku ada hikmahnya. Apa yang penting bersangka baiklah pada setiap permulaan perhubungan . Lalui dengan tenang dan gembira di samping sentiasa berdoa Allah mengekalkan rasa bahagia yang mula berputik. Berharap agar dia jodoh kita jika itu yang terbaik, berdoalah…istikharah lah. Semua yang berlaku ada baik buruknya, moga kedukaan lalu memberi 1001 kebahagiaan di hari esok buat kita. Selagi kita berharap kepada Allah selagi itulah kita tidak akan hilang punca, selagi kita bersangka baik kepada Allah selagi itulah Dia akan memberi apa juga yang kita harapkan samada cepat atau lambat,
0 ulasan:
Post a Comment