SOALAN
Saya mempunyai saiz badan yang besar. Bagi mengelakkan kegemukan, saya
mengawal kadar pemakanan saya. Tetapi masalah yang menghantui saya ialah
perut buncit. Pelbagai cara sudah saya lakukan tetapi lemak tepu di
perut saya ini sangat degil. Adakah cara mengatasinya?
Seperti yang kita semua tahu, berdiet dan senaman
adalah yang utama dalam pengawalan berat badan. Berdiet dengan cara
yang betul seperti mengambil makanan yang kurang lemak dan lebihkan
serat seperti oat. Senaman untuk otot-otot abdomen pula perlu dilakukan
secara berterusan.
Jika anda ke klinik antipenuaan, doktor akan
membuat ujian darah untuk menilai paras gula,hormon dan sebagainya yang
menyebabkan kita gemuk. Rawatan hormon dan ubat pembakar lemak mungkin
diberikan jika perlu. Kini, terdapat banyak mesin pelangsing yang
berkesan untuk dicuba. Akhir sekali, jika inginkan rawatan secara
pembedahan, berjumpalah dengan pakar bedah untuk rawatan liposuction dan tummy tuck.
0 ulasan:
Post a Comment