Singapura - Projek Kereta Api Laju antara Singapura dan Kuala Lumpur akan meningkatkan pertumbuhan dan pembangunan sektor ekonomi Malaysia dalam bahagian seperti hartanah, peluang perniagaan yang lebih besar, penghijrahan dan pelaburan jangka panjang.
Sean Tan, Pengurus Besar, iProperty.com di Singapura berkata: "Lebih satu pertiga rakyat Singapura yang terlibat dalam kaji selidik Laporan Sentimen iProperty baru-baru ini menunjukkan minat untuk melabur dalam hartanah luar negara, dengan Malaysia dipilih sebagai destinasi utama.
"Dengan kereta api laju yang menghubungkan Singapura dan Kuala Lumpur, kami menjangka minat terhadap pelaburan hartanah di Malaysia terus meningkat, dipacu oleh prospek peluang perniagaan yang besar, penghijrahan dan pelaburan jangka panjang," katany.
Tan berkata demikian selepas diminta mengulas pengumuman oleh kedua-dua Perdana Menteri Malaysia dan Singapura pada Selasa lepas yang bersetuju untuk membina hubungan kereta api laju antara Kuala Lumpur dan Singapura, yang dijangka siap pada 2020.
Dengan sistem pengangkutan baharu itu, perjalanan dari Singapura ke Kuala Lumpur dan sebaliknya akan hanya mengambil masa selama 90 minit.
Sementara itu, Pengarah Urusan National Instruments (NI) bagi Asean, Chandran Nair berkata: "Projek kereta api laju itu dilihat bakal merangsang perniagaan seluruh sektor di Singapura dan Kuala Lumpur.
"Ia juga akan mengukuhkan usaha kedua-dua negara untuk menyediakan produktiviti lebih tinggi dan menjalin kerjasama teknologi," katanya.
NI baru-baru ini mengumumkan pembukaan kemudahan penyelidikan dan pembangunan canggihnya di Pulau Pinang dengan jumlah pelaburan kira-kira US$80 juta.
SUMBER
RTM
Thursday, February 21, 2013
Projek Kereta Api Laju Bakal Rangsang Pertumbuhan Sektor Ekonomi Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment