Dalam dunia blog ini memang tidak dapat dipisahkan blogger dengan
traffiknya.Aku juga tidak terlepas daripada perkara ini,sibuk mengejar
traffik sehingga lupa pada kualiti sesebuah penulisan itu .Memang tidak
dinafikan cerita dunia hiburan tanah air adalah cara yang paling mudah
untk menjana traffik.Cerita perkahwinan,gosip-gosip artis memang jalan
terbaik untuk traffik harian yang
mantap.Kadangkala sampai seminggu traffik membukit hanya dengan satu
entry yang melibatkan dunia hiburan.Begitulah penangannya..
credit:rotikaya
Tetapi harus kita ingat bukan semua boleh menjadi beautifulnara atau
rotikaya Malaysia,jadi traffik akan datang dan pergi tanpa meninggalkan
impak yang kuat untuk pembaca datang kembali.Pernah juga aku menulis
tentang 'cerita panas' dalam blog seperti entry ini dan ini .Ya
memang hebat penangannya,aku hanya meletakkan gambar tanpa sebarang isi
penerangan dan traffik datang berduyun-duyun masuk ke blog ini..
Di sini aku lihat 'cerita panas' ini sememangnya mampu untuk memberi
kelegaan buat blogger tetapi daripada segi penjenamaan blog ia bukanlah
perkara yang terbaik untuk dilakukan.Beratus-ratus ribu blog ada di
Malaysia , seharusnya kreativiti dalam menjenamakan blog perlu
diutamakan.Kalau fatin liyana diingati dengan trademarknya manakala bro ariffshah
dengan kisah di moscownya dahulu,bagaimana pula dengan blog kita?Apa
pula elemen yang mampu menarik pengunjung untuk terus membaca setiap
kisah yang kita bawakan?Tepuk dada tanya selera.
Pastinya masing-masing ada pendapat tersendiri berkaitan hal ini.Aku
juga masih mencari identiti blog ini sebenarnya, tidak mahu
terus-terusan digelar blog 'rojak'.Mungkin selepas ini akan ada niche
untuk blog ini,masih difikirkan apa yang sesuai.Untuk semua blogger
kurangkan kontroversi,tigkatkan prestasi naa..hehe
0 ulasan:
Post a Comment