Saturday, November 16, 2013

Cegah Sakit Jantung dan Stroke dengan Pisang

buah%2Bpisang Cegah Sakit Jantung dan Stroke dengan Pisang

Pisang adalah buah yang sangat mudah dijumpai di mana-mana je kat tempat kita ni, sama ada suka atau tidak je kita memakannya. Tahukah anda bahawa pisang ini menyimpan satu khasiat yang luar biasa iaitu sebagai pencegah sakit jantung dan stroke kerana kandungan kalium atau potasium dalamnya.

Satu kajian mendapati bahawa jumlah potasium dalam sebiji pisang dengan ukuran standard adalah 500 miligram. Sedangkan jumlah satu hari yang diperlukan untuk mengurangkan risiko terjadinya stroke pada seorang manusia adalah 1600 miligram.

Itu bermakna jika dalam sehari seseorang mengambil sekurangnyal 3 biji pisang, maka sudah cukup untuk mencegah risiko sakit jantung dan stroke ini.

Kemampuan hebatnya pisang ini boleh terjadi disebabkan kalium atau potasium yang ada di dalamnya yang mempunyai kemampuan mengurangkan risiko terjadinya penggumpalan darah di pembuluh darah, termasuk pembuluh darah ke otak.

Zat kalium dapat juga boleh didapati pada sayuran seperti bayam, kacang, ikan dengan jumlah yang berbeza-beza.

Manfaat lain kalium yang sangat baik untuk tubuh manusia, ia juga mampu menurunkan tekanan darah. Bahkan juga mengawal keseimbangan cecair tubuh, dan membuat sel-sel tak menyerap garam yang diambil.
Kekurangan zat ini akan menyebabkan keadaan emosi yang tidak tetap, mudah marah, mual, denyut jantung tak teratur, dan juga cirit-birit.

p/s: Nampaknya kena makan pisang la pas ni icon smile Cegah Sakit Jantung dan Stroke dengan Pisang

Next Previous Home

0 ulasan:

Post a Comment