1. Candiru Prison (Brazil)
Tragedi Caradiru bermula dari meletusnya perang antara kumpulan di penjara tersebut, yang merebak hingga melibatkan banyak banduan. Polis kemudian datang mengawal keadaan.
Sebenarnya semasa itu banyak banduan telah menyerah dengan melemparkan senjata mereka . Mereka meminta perlindungan polis. Namun dijawab polis dengan menembak mereka.
2. Bang Kwang Prison (Thailand)
Pengarah Penjara Khun Nattee mengakui, penjaranya adalah paling teruk di seluruh Thailand. Di sini kemudahan sangat minima, termasuk rawatan kesihatan terhadap banduan sangat kurang. Banduan yang sakit hanya boleh meringkuk dengan kaki dirantai di biliknya, sambil menunggu datangnya ubat (jika ada)
3. ADX Florence Supermax Prison: (Colorado)
Akibatnya banduan diasingkan dari kakitangan penjara. Banduan menerima penyiksaaan psikologi kerana selama 23 jam hanya dihabiskan di selnya. mereka tak boleh ke mana mana.
Menjadi banduan di ADX adalah suatu mimpi buruk tidak boleh dilupakan oleh mereka. Di sana mereka menerima keadaan paling teruk dari yang terburuk. Banduan yang masuk ke sini adalah penjenayah kelas pertama termasuk yang telah berkali-kali masuk penjara. Di sinilah “neraka” penjara yang boleh mengakibatkan derita seumur hidup.
Selama 13 tahun beroperasi, dua orang tawanan diberitakan mati terbunuh di ADX Florence. Salah seorangnya Lawrence Klaker. Ada yang menyebut dia mati ditembak, tapi ada juga yang mengatakan beliau membunuh diri.
4. Alcatraz Island Prison: (San Francisco, CA)
Pejabat penjara yang ganas, penjaga banduan yang kasar, tindakan tidak berperikemanusiaan mewarnai hari-hari para banduan di sana. Tidak hairan jika banyak yang mengalami gangguan jiwa akibat tekanan psikologi yang luar biasa.
Bayangkan saja, di sana ada larangan untuk tidak boleh bercakap-cakap dengan banduan lain, kalau tidak menurut, hukuman menunggu. Banduan dilarang menzahirkan emosinya. Mereka dipaksa diam. Hak-hak sebagai manusia, di Alcatraz, telah dicabut. Sungguh penjara “neraka”. Penjara ini ditutup pada 1963, tetapi warisan kegelapan terus “hidup” dan menjadi legenda.
5.San Quentin Prison: (San Quentin, California)
Tapi sebelum masuknya pengarah baru, penjara ini dikenali sangat tidak berperikemanusiaan memperlakukan para banduan, khususnya yang masih baru. Kepala mereka dibotakkan dan dipaksa memakai seragam yang diberi nombor, mereka makan dengan makanan busuk. Menghuni sel sempit tanpa diberi lampu.
Di sini nyawa tidak ada harganya. Rusuhan antara etnik kerap terjadi. Etnik antara penjaga penjara dan banduan tidak sama, itu sebabnya banyak perkara terjadi diluar kawalan.
6. Diyarbakr Prison: (Turki)
Belum lagi dicampur dengan kekejaman seksual yang merajalela. Para banduan sebenarnya telah melakukan protes terhadap pengelolaan penjara. Mereka melakukan mogok makan, malah membakar diri sendiri sebagai bentuk protes, namun tidak berhasil.
Kemudahan penjara ini sangat mengerikan dan jauh dari standard. Di sini pernah terjadi peristiwa dahsyat di mana kanak-kanak juga dimasukkan di sini dan mendapat hukuman penjara seumur hidup.
Kekejaman sesama manusia sepertinya menjadi peristiwa biasa saja. Tidak hairan penjara ini termasuk dalam salah satu penjara yang paling menyeramkan di dunia.
7. La Sabaneta Prison: (Venezuela)
Keadaan banduan di Penjara La Sabaneta adalah yang buruk dari yang terburuk. Tidak hairan jika wabak kolera menyerang di sini dan meragut nyawa 700 banduan. Di sini pun pernah terjadi pembunuhan banduan yang meragut jiwa lebih 100 banduan pada tahun 1994.
Kematian merajalela di La Sabaneta. Salah sedikit, nyawa boleh melayang. Para kakitangan penjara yang malas mengurus banduan sehingga para banduan boleh berbuat apa sahaja. Mereka berkelahi malah membunuh sesama banduan. Para penjaga banduan menutup mata atas kejadian-kejadian ini.
8. La Sante Prison: (Paris, Perancis)
Sungguh ironis dengan erti kata ‘”La Sante” yang bererti health (kesihatan) dalam bahasa Inggeris. Kerana pada kenyataannya hidup di sana sungguh tidak sihat. Kes buli antara penjaga banduan dengan banduan, banduan ke sesama banduan, sudah menjadi biasa. Kejadian perkosaan antara sesama banduan sangat tinggi dan terjadi setiap hari.
Tidak hairan kalau banyak banduan yang tidak tahan akhirnya bunuh diri, atau menjadi gila. Sepanjang tahun 2002 diberitakan terjadi 122 kejadian bunuh diri. Diikuti 73 banduan pada pertengahan 2003.
9. Rikers Island Prison: (Rikers Island, New York)
10. Tadmor Military Prison, Syria
Tadmor mempunyai penjaga haus darah, banduan pembunhu, dan tawanan politik. Pada 1980, selepas cubaan bunuh Presiden (di Damasyik), banduan terpaksa membayar harga mahal.
Tentera penyerang penjara, mereka menggunakan helikopter dan mendarat di Tadmor. Tentera ini menyerang 500 orang tawanan di sel mereka. Para banduan ini mati dibunuh, tidak dapat menyelamatkan diri kerana penjaga penjara merantai kaki mereka di sel.
11. Guantanamo Prison: (Cuba)
Kem tahanan paling mengerikan itu dilaksanakan pihak Amerika sejak Januari 2002. Lokasinya berada tepat di kepulauan yang menyatukan Amerika dengan Cuba. Kawasan kem tahanan Guantanamo terdiri dari 3 kem iaitu Kemn Delta, Kem Iguana, dan Kem X-Ray (yang sudah lebih dahulu ditutup) yang merupakan instalasi tentera AS.
Jumlah seluruh tahanan yang ada di dalam “Kem X-Ray” dikatakan berjumlah 660 orang. Mereka berasal dari 44 negara, semua disabitkan dengan tuduhan sebagai sebahagian dari “terorisme” antarabangsa.
Sebahagian besar adalah pejuang al-Qaeda dan Taliban yang ditangkap di Afghanistan. Dan para teroris yang dicurigai Amerika melakukan serangan terhadap bangunan WTC pada 11 September 2001 lalu.
0 ulasan:
Post a Comment