Sunday, October 5, 2014

Rumah Hantu Terbesar dan Paling Menyeramkan Di Dunia..



Obake Yashiki adalah rumah hantu yang konon terbesar di dunia dan terletak di taman permainan Fuji Q Highland Park di kaki Gunung Fuji. Rumah hantu yang terletak di Jepun ini telah diakui oleh Guiness Book of World Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia.

Rumah hantu ini mengambil tema rumah sakit berhantu dan dibina di sebuah bangunan tua dua tingkat. Di sini pengunjung bebas untuk melewati rumah sakit dari arah manapun, kerana memang tidak ada laluan khusus yang disediakan oleh si pemilik taman tema ini. Pekara ini disengajakan untuk memberikan sensasi seram yang 'real' bagi para pengunjung, terutama ketika mereka tersesat hehe.

Jadi bayangkan saja , rumah hantu biasa yang mempunyai laluan pun sudah boleh membuat kita meremang bulu roma, apalagi yang tidak mempunyai laluan.

Khabarnya lagi, tata rias hantu yang digunakan oleh para aktornya sudah disesuaikan dengan tata rias standard filem seram Jepun dan anda perlu menghabiskan masa 1 jam untuk menyelesaikan pengembaraan di rumah hantu ini.

Kononnya rumah hantu ini terinspirasi dari kisah rumah sakit yang ada di kaki Gunung Fuji. Di situ terdapat rumah sakit yang sudah lama ditinggalkan. Gara-garanya banyak arwah pesakityang membalas dendam terhadap doktor-doktor di rumah sakit tersebut kerana telah melayanmereka dengan buruk.



Info Ringkas:
Di dalam rumah hantu ini juga terdapat banyak pintu dan tingkap yang harus dibuka manual oleh para pengunjung. Selain penataan interior yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang dihias ngeri dalam pelbagai jenis karakter hantu.

Pengunjung boleh memasuki rumah hantu ini dalam kelompok seramai 2 atau 3 orang. Tidak hanya terlihat nyata, rumah hantu ini juga mempunyai bau menusuk untuk menambahkan rasa ngeri. 

Bangunan rumah hantu ini panjangnya 700m. Diperlukan sekitar 50 minit untuk berjaya keluar dari bangunan ini, itupun jika anda tidak tersesat. Tentunya, para 'hantu' juga selalu siap siaga untuk membantu anda keluar dari bangunan ini.

Rumah hantu ini penuh dengan lika-liku jalanan kecil di mana para pengunjung biasanya akan tersesat. Audio juga dipasang full volume yang merupakan suara teriakan hantu dan suara-suara lain yang menyeramkan. 

Kerana terlalu menakutkan, banyak pengunjung wanita yang terluka kerana jatuh / genggaman tangan yang terlalu kuat.











Saturday, October 4, 2014

PELIK!! PENCEGAH MAKSIAT PAKSA PASANGAN BAWAH UMUR MENERUSKAN HUBUNGAN SEKS?



Matatelinga - Pekanbaru - Sekumpulan orang kampung yang bertindak sebagai pencegah maksiat bertindak melampau apabila memaksa pasangan bawah umur itu meneruskan hubungan seks hingga tamat.

Aksi jijik itu ditonton sekumpulan penduduk di Bengkalis, Riau sebagai denda kepada pasangan itu. Dipetik dari laman Okezone, kejadian ini berlaku pada 13 Januari 2014 sekitar jam 10 malam waktu tempatan.

Pasangan lelaki yang dikenali sebagai Uya Naldi, 20, telah menjemput teman wanitanya, Melati yang baru berusia 15 tahun, di RSUD Bengkalis, Kabupaten Bengkalis.

Dalam perjalanan, Uya Naldi telah berhenti di tepi jalan Baru Desa Pedekik, Kecamatan Bengkalis, dan memujuk teman wanitanya itu untuk lakukan hubunga seks. Ketika pasangan itu sedang asyik melakukan hubungan seks’, sekumpulan penduduk telah menyerbu mereka

Anehnya, kumpulan penduduk berkenaan tidak menangkap atau menahan mereka malah memaksa pasangan tersebut meneruskan perbuatan terkutuk itu sehingga selesai

“Setelah selesai, kumpulan penduduk itu terus meninggalkan pasangan itu. Kes ini disiasat oleh Polis Bengkalis. Beberapa orang penduduk kampung telah dipanggil untuk beri keterangan.,” kata pegawai penyiasat Polis Daerah Riau.

Setelah selesai lakukan hubungan seks, Ulya menghantar pulang teman wanitanya. Ulya kini didakwa atas kesalahan merogol gadis bawah umur.

Semoga perkara yang sama tidak berlaku di Negara kita kerana bila pagar yang di harap tapi pagar makan padi di bimbangi kita di datangani bencana oleh Yang Maha Esa kerana membiarkan Maksiat berleluasa

Keluarga Pemburu Tangkap Buaya Terbesar



L.com Mandy Stokes dan keluarganya dengan bangga mempamerkan seekor buaya besar yang berhasil mereka tangkap di Sungai Alabama.

WASHINGTON DC,  Satu keluarga di Alabama, AS, sedang bergembira kerana berhasil menangkap seekor buaya yang tercatat sebagai yang terbesar di negara  itu, akhir minggu lalu.

Buaya sepanjang hampir lima meter dan memiliki berat sekitar 458 kilogram itu ditangkap lima orang anggota keluarga Stokes di Sungai Alabama, AS.

Buaya itu membuat keluarga tersebut yang terdiri atas Mandy Stokes, suaminya John, adik iparnya Kevin Jenkins, serta dua anaknya, Savannah (16) dan Parker (14), harus berjuang 10 jam sebelum akhirnya berhasil menangkap "monster" itu.

Pergelutan keluarga Stokes melawan buaya ini bermula pada Jumaat (14/8/2014) malam dan baru berakhir pada Sabtu (15/8/2014).

Ketika  berhasil membawa buaya raksasa itu ke darat, ternyata buaya itu begitu besar sehingga membuat mesin penimbang derek yang biasa digunakan para petugas Badan Perikanan dan Alam Liar Alabama rosak.

Akhirnya sebuah backhoe dikerahkan untuk mengangkut buaya itu. Setelah diukur dan ditimbang, buaya itu ditetapkan sebagai buaya terbesar yang pernah ditangkap di Alabama. 

Gambar Yang Cukup Mengerikan Boleh Buatkan Anda Muntah Hijau


"Pengkebumian langit ( Sky burials) adalah majlis agama eksklusif dan luar biasa di Tibet. Amalan ini melibatkan membedah tubuh si mati dan hamburan kepingan daging pada puncak gunung untuk mengurai atau dimakan oleh burung.

Kebanyakan penduduk Tibet mengikuti tradisi Buddha, yang menentukan badan manusia adalah semata-mata sebuah kapal dan boleh dibuang, oleh itu mengapa amalan itu popular. amalan ini akhirnya diharamkan, tetapi masih boleh dilakukan dengan kebenaran keluarga. "










3 Petanda bila kucing datang kepada kita



Bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? Saya biasa alami situasi ini, saya dapat rungkaikan. 3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain,

Pertama

Allah sedang beritahu makanan kita,  hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezekikucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.

Kedua

Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.

Ketiga

Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas, bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.

Artis Ini Lakukan Pembedahan Tukar Jantina Pada Usia Paling Muda Di Dunia




Kim Petras (lahir 27 Ogos 1992) adalah seorang penyanyi / penulis lagu dari Jerman yang mencipta elektronik muzik tarian pop dan pelbagai gaya Cappella a. Beliau telah menjadi subjek laporan media di seluruh dunia yang luas berita sejarah penukaran jantina perubatan beliau dalam konteks usia paling muda. 

Kim Petras dilahirkan Tim Petras pada 27 Ogos 1992 Ibu bapanya, Lutz dan Konni, telah mengatakan bahawa dari umur dua tahun, dia mula menunjukkan gaya seorang perempuan. Ia semakin menjadi jelas, dia memakai pakaian jantina neutral di khalayak ramai. 

Penyanyi pop - dilahirkan dengan nama Tim Petras- terkenal di Jerman memulakan terapi gantian hormon sebagai sebahagian daripada peralihan jantinanya pada usia 12 tahun. Dan pada usia 16, melakukan Pembedahan menukar jantina pada bulan November. 





Nasihat Paling Bodoh Untuk Anak Gadis




Colombia – Seorang wanita memberikan nasihat paling bodoh kepada anak perempuannya yang berusia 22 tahun untuk mengelak daripada mengandung, iaitu dengan memasukkan kentang dalam alat sulitnya.

Namun teknik yang digunakan oleh wanita itu nyata membawa padah apabila kentang itu tumbuh akar dalam alat sulit gadis itu.
Kejadian itu disedari oleh gadis tersebut selepas dia menemui doktor kerana mengalami kesakitan di bahagian perut.

Dia kemudiannya dimasukkan ke sebuah hospital di bandar Honda.
“Ibu saya memberitahu saya jika saya tidak mahu mengandung maka saya perlu memasukkan kentang dan saya percaya cakapnya,’’ katanya ketika mendedahkan mengenai perkara berkenaan kepada doktor.

Kisah itu dilaporkan oleh laman web Colombia Reports.
Doktor kemudiannya melakukan pembedahan membuang kentang tersebut dan nasib baik kesihatan wanita itu tidak terjejas.

Susulan itu jururawat dan doktor di hospital berkenaan telah memberikan syarahan panjang lebar kepada ibunya yang memberikan nasihat tidak masuk akal kepada anaknya.
Kes pelik ini membuka banyak pihak di Colombia mengenai kurangnya pengetahuan mengenai pendidikan seks meskipun pendidikan tersebut adalah mandatori di negara Amerika Selatan.


Sumber mynewshub.cc

Wednesday, May 7, 2014

Petua Hilangkan Jeragat/Bintik Hitam

Jeragat merupakan bintik-bintik hitam yang muncul pada permukaan kulit akibat kekurangan nutrien (terjadi apabila usia makin meningkat/ faktor genetik), pengambilan pil perancang, cuaca atau kesan pemakaian produk-produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia.



Bagi anda yang mengalami masalah ini, cubalah petua-petua di bawah untuk menangani masalah jeragat di kulit.

Petua hilangkan jeragat 1:

Ambil segenggam beras, rendam dalam air anggaran selama sejam. Toskan beras dan tumbuk bersama anggaran 1cm kunyit hidup hingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji putih telur hingga mesra. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.
Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.

Petua hilangkan jeragat 2:

Ambil sesudu susu tepung dan gaul dengan perahan limau nipis sehingga membentuk paste. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.
Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.

Jika anda seorang yang rajin, anda boleh gunakan petua di atas. TAPI, ada cara yang lebih mudah untuk anda hilangkan jeragat di muka....ya...dengan pengambilan supplement! Bukan sekadar menghilangkan jeragat, malah anda akan dapat rasakan perubahan pada diri anda dari segi tenaga dan kesihatan yang bertambah baik...

VITAMIN E

Terkenal sebagai vitamin awet muda dan melambatkan proses penuaan. Vitamin E juga membantu menyeimbangkan hormon dan mengawal kadar pengeluaran minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga mampu mengurangkan malah menghilangkan jerawat dan jeragat.

ESP

Protein boleh membantu menghilangkan jeragat. Jika pengambilan protein seharian kita mencukupi, ianya dapat membantu tubuh kita menghasilkan sel-sel baru dan seterusnya membantu menyahkan jeragat di muka. Pengambilan ESP mampu membantu anda mendapatkan keperluan protein yang mencukupi seterusnya membantu anda mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan bebas jeragat.

Next Previous Home